Perlawanan suku akhir kedua Piala FA melibatkan Negeri Sembilan dan Sabah berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Negeri Sembilan turun dengan kelebihan aggregate 1 gol dari perlawanan pertama dan turun sebagai pasukan pilihan untuk perlawanan ini.
Sabah terlebih dahulu mengancam kubu Negeri Sembilan dengan asakan bahaya. Pada minit ke-2, Masaya Jitozono melakukan cubaan yang terkena tiang gol pasukan Negeri Sembilan.
Tidak lama selepas itu Faizal Abu Bakar melakukan cubaan dari luar kotak penalti.
Kedua-dua pasukan lebih bergelut pada separuh masa pertama dengan lebih banyak cubaan gol lemah dari luar kotak penalti dilakukan oleh kedua-dua pasukan.
Sabah pasukan yang lebih baik pada separuh masa pertama dengan mencipta beberapa peluang gol menarik namun penyudah mereka lemah.
Bersambung pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan menguasai perlawanan. Simic melakukan cubaan dari luar kotak penalti menarik.
Simic turut melakukan satu cubaan gol dengan teknik turn and shot yang terkena tiang gol sebelah kiri penjaga gol Sabah.
Pada minit ke-60, Khiaurl Anwar melakukan cubaan dari jarak dekat tetapi terkena tiang gol.
Pada minit ke-73, Noor Hazrul melakukan sepakan percuma jarak jauh menarik yang terkena palang gol. Sayangnya susulan daripada Bruno Suzuki gagal menghasilkan gol.
Pada minit ke-87 Simic menerima umpanan cantik di dalam kotak penalti, namun gagal melepaskan cubaan gol dan dikeluarkan oleh pertahanan Sabah.