Senarai Gaji Pemain Skuad Utama Real Madrid Dalam Seminggu

Pernahkah anda tertanya-tanya jumlah gaji pemain skuad utama Real Madrid dalam seminggu?

Tahukah anda pemain seperti Marco Asensio mungkin antara pemain paling underpaid di Eropah?

Bagaimana pula dengan Danilo yang menerima gaji 2 kali ganda lebih daripada Danial Carvajal.

Ini kerana Danilo awalnya memang dibeli untuk menjadi bek kanan no.1 kelab dan Carvajal sebagai pemain kedua di posisi itu.

Real Madrid turut membayar gaji bek kiri simpanan mereka sama gaji dengan Marcelo. Di EPL Marcelo mungkin boleh menerima 2 kali daripada gaji beliau di Real Madrid.

Barcelona dikatakan mahu menawarkan Isco 3 kali ganda gaji beliau yang sedia ada. Berapakah gaji Isco sekarang?

Berikut adalah senarai pemain gaji Real Madrid, dari yang paling rendah sehinggalah yang paling tinggi.

24. Ruben Yanez (Penjaga gol) – 23 tahun – £4,000 seminggu

23. Mariano Diaz (Penyerang) – 23 tahun – £5,000 seminggu

22. Marco Asensio (Attacking midfielder) – 21 tahun – £10,000 seminggu

21. Kiko Casilla (Goalkeeper) – 30 tahun – £25,000 seminggu

20. Lucas Vasquez (Pemain sayap) – 25 tahun – £30,000 seminggu/

19. Dani Carvajal (Bek kanan) – 25 tahun – £35,000 seminggu

18. Casemiro (Tengah Pertahanan) – 25 tahun – £45,000 seminggu

17. Keylor Navas (Goalkeeper) – 30 tahun – £55,000 seminggu

16. Isco (Midfielder) – 25 tahun- £60,000 seminggu

15. Danilo (Bek kanan) – 25 tahun – £60,000

14. Nacho Fernandez (Bek tengah) – 27 tahun – £60,000 seminggu

13. Mateo Kovacic (Midfielder) – 22 tahun – £60,000 seminggu

12. Marcelo (Bek kiri) – 28 tahun – £80,000 seminggu

11. Raphael Varane (Bek tengah) – 23 tahun – £80,000 seminggu

10. Alvaro Morata (Penyerang) – 24 tahun – £80,000 seminggu

9. Fabio Coentrao (Left-back) – 29 tahun – £80,000 seminggu

8. Pepe (Bek tengah) – 34 tahun – £110,000 seminggu

7. James Rodriguez (Pemain tengah serangan) – 25 tahun – £120,000 seminggu

6. Karim Benzema (Striker) – 29 tahun – £150,000 seminggu

5. Toni Kroos (Tengah) – 27 tahun – £156,000 seminggu

4. Sergio Ramos (Bek tengah) – 31 tahun – £160,000 seminggu

3. Luka Modric (Tengah) – 31 tahun – £180,000 seminggu

2. Gareth Bale (Penyerang sayap) – 27 tahun– £350,000 seminggu

1. Cristiano Ronaldo (Penyerang sayap) – 32 tahun – £365,000 seminggu

Jadi, kami ingin tahu, pada pandangan anda, siapakah yang anda rasa underpaid dan siapa pula yang agak overpaid?

Baca juga: Negeri Sembilan Singkirkan Sabah Dan Melangkah Ke Separuh Akhir Piala FA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN