Presiden FAM Temui Ahli Gabungan, Wakil Kelab Dan Pasukan Buat Julung Kalinya.

Buat julung kalinya dalam sejarah bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengajak ahli gabungan, kelab dan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia untuk duduk semeja.

Tujuan mesyuarat yang diadakan pada petang tadi ialah untuk berbincang dan memberi pendapat mengenai pertandingan yang melibatkan pasukan kebangsaan.

Sumber: Footbal Association of Malaysia (Official)

Presiden FAM, DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), melakukan pendekatan dengan mengambil kira pendapat ahli gabungan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan dan pertukaran mengenai jadual atau isu pemilihan pemain.

Ini adalah satu langkah untuk mengambil kira kepentingan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia dan juga skuad kebangsaan.

Pendekatan mengadakan perjumpaan sebegini adalah sesuatu yang janggal kerana ia tidak pernah dilakukan oleh badan induk bola sepak negara itu pada masa lalu.

Mengambil kira kepentingan bola sepak negara dan skuad kebangsaan pada masa kini, ia adalah satu langkah bijak daripada Presiden FAM yang baru sahaja menduduki Wisma FAM pada 25hb Mac yang lalu.

Sumber: Footbal Association of Malaysia (Official)

Pepatah Inggeris ada menyatakan: many brains is better than one.

Tidak rugi untuk berkongsi idea. Jelas tindakan TMJ ini adalah satu langkah bijak dan inovatif dalam merevolusikan bola sepak negara.

Baginda membuktikan bahawa Baginda mempunyai ciri kepimpinan yang unik dan tersendiri dalam membangkitkan kembali kancah bola sepak negara yang tenat.

Sebelum ini penyertaan pemain yang beraksi di kancah Liga Malaysia sering menjadi isu apabila dipanggil menyertai persiapan skuad kebangsaan.

Konflik kelab/persatuan dan skuad kebangsaan adalah perkara yang lazim berlaku di mana-mana pasukan di dunia.

Kandungan peraturan FIFA berkenaan pelepasan pemain.

Namun peraturan FIFA jelas menyatakan bahawa setiap pemain harus dibenarkan menyertai skuad negara masing-masing pada jumlah hari-hari tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh badan induk dunia itu.

Antara kandungan yang termaktub dalam arahan FIFA.

Sebelum ini pasukan Johor Darul Ta’zim pernah menarik pemain mereka daripada kem persiapan skuad kebangsaan kerana tidak bersetuju dengan kaedah panggilan badan induk kebangsaan tersebut.

Semoga perjumpaan sebegini membolehkan FAM mendapatkan formula terbaik dalam membuat panggilan terhadap pemain yang akan menyertai skuad kebangsaan.

Apapun hasil perjumpaan ini, kita mengharapkan semua pihak boleh fokus dan bersatu hati.

Agar pemain yang dipanggil untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya boleh memberikan yang terbaik tanpa diganggu oleh perkara remeh dan tidak relevan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN