5 Perkara Dari Arsenal vs Manchester City (2-2) Di Emirates

Kami menggariskan 5 perkara utama daripada perlawanan tumpuan Arsenal vs Manchester City yang berakhir seri.

1. Manchester City gagal bertahan

Sekali lagi mereka gagal bertahan dengan baik membuatkan mereka gagal mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Anda pasti masih ingat kegagalan mereka bertahan ketika menentang Monaco?

City mendahului 2 kali dalam perlawanan ini. Namun gagal mempertahankannya. Berbeza dengan pasukan yang pernah mereka miliki sebelum ini yang kental bertahan.

Zonal marking agak longgar ketika setpiece dan mereka dihukum Mustafi.

2. Mesut Ozil dan bantuan gol

Ini adalah bantuan gol ke-38 oleh Ozil dalam EPL untuk Arsenal. Ianya terbanyak dilakukan oleh pemain yang menyertai EPL pada musim yang sama dengan beliau.

Ozi melakukan bantuan gol penting kepada Mustafi. Mustafi musim ini sudah menjaringkan 2 gol. Kedua-duanya menerusi tandukan.

Dan kedua-duanya hasil bantuan Ozil. Namun tak lupa, raja assist ini tetap digelecek oleh Caballero semalam.

during the Premier League match between Arsenal and Manchester City at Emirates Stadium on April 2, 2017 in London, England.

3. Jesus Navas ‘debut’ sebagai bek kanan

Ini antara salah satu perubahan yang sememangnya tipikal Guardiola. Ramai mungkin terkejut dan menggosok mata melihat paparan kesebelasan utama dengan Jesus Navas di bek kanan.

Namun begitu, Navas antara pemain terbaik di antara 8 pemain pertahanan malam ini.

Navas agak bernasib baik kerana bentesan kaki tinggi ke atas Monreal tidak diberikan kad merah.

Selepas melakukan 2 foul dalam 10 minit pertama, pemain ini melakukan bentesan tepat sebanyak 6 kali berturut-turut.

Navas juga melakukan 4 pintasan bola. Satu aksi cemerlang untuk beliau dalam debut sebagai bek sisi.

4. Prestasi dan Rekod Arsenal dalam perlawanan besar

Arsenal musim ini agak lemau berhadapan dengan perlawanan besar termasuk di UCL.

Di EPL pula, rekod mereka menentang 6 teratas agak teruk. Daripada 8 perlawanan, mereka hanya mendapat 6 mata.

Prestasi semasa Arsenal juga agak merisaukan. Mereka hanya menang 2 daripada 6 perlawanan terakhir.

Kemenangan itu adalah menentang Sutton dan Lincoln City. Ini pastinya meresahkan Arsenal untuk berada dalam 4 teratas musim ini.

5. Leroy Sane semakin bagus di EPL

Leroy Sane nampaknya sudah semakin serasi dengan EPL. Beliau lebih lincah untuk bermain dalam liga yang agak fizikal berbanding dengan Bundesliga.

Tahun ini beliau berusia 21 tahun. Sane nampaknya akan menjadi pemain yang sudah dalam senarai projek Gurdiola untuk musim hadapan.

Jaringan pertama beliau ketika menewaskan Ospinna sangat tenang dan dominan ke atas bola.

Baca juga: TMJ Mahu PBNP & PBNJ Duduk Semeja, Jangan Dengar Khabar Angin Mengenai TCH

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN