Minggu lalu Leicester City telah menghadiahkan Craig Shakespear dengan kontrak tetap sehingga akhir musim ini.
Pengendali Leicester City ini bercakap dalam sidang media UCL yang pertama beliau sebagai pengurus pasukan.
Shakespear yakin pasukan beliau mampu untuk melakar kejutan menjuarai UCL musim ini. Mereka hanya perlu fokus untuk menewaskan Sevilla pada awal pagi ini.
Sevilla menang 2-1 dalam perlawanan pertama sebelum ini. Jamie Vardy berjaya mencuri 1 gol tempat lawan untuk Leicester.
Ditanya oleh seorang wartawan tentang potensi Leicester untuk menjuarai UCL, Shakespear berkata:
“Kenapa tidak? Kami harus kekal kompetitif dalam setiap perlawanan.”
“Perlawanan hari ini adalah peluang terbaik untuk kami berikan aksi terbaik kami.”
“Kami bersedia bertarung sepanjang 90 ataupun sehingga ke masa tambahan jika perlu.”
“Kami juga sudah berlatih sesi penalti. Pada masa yang sama, saya rasa penalti tu bagus jugalah kalau sampai ke situ.”
“Jaringan tempat lawan itu telah memberikan kami satu peluang yang bagi. Kami berjaya memberikan peluang terbaik untuk diri sendiri.”
“Ia akan menjadi perlawanan istimewa dalam suasana yang luar biasa. Cuma saya berharap agar pemain saya tidak terlalu emosi termasuk saya sendiri.”
“Saya tidak kata yang kami akan bermain terbuka tetapi kami akan cuba bermain di bahagian serangan.”
“Sevilla ada pengalaman yang luas di Eropah. Mereka ada pemain-pemain berbakat.”
“Ia lebih kepada pertarungan di antara pemain berbanding dengan saya dan Sampaoli.”
“Saya masih dalam proses menyesuaikan diri. Saya gembira dengan peluang ini dan selesa untuk menggalas tugasan ini sehingga akhir musim.”
Baca juga: Pijak Kaki Axel Wistel, Pemain Ini Didenda & Diturunkan Ke Skuad Simpanan Oleh Kelabnya