Di’chant’ Judas, Mourinho Tunjuk 3 Jari Kepada Penyokong Chelsea Sebagai Peringatan

Jose Mourinho memberikan reaksi kepada beberapa seksyen penyokong Chelsea yang menyanyikan lagu Judas kepada beliau.

Ia mungkin merujuk kepada keputusan Mourinho yang menyertai musuh mereka Manchester United.

Ini adalah pertama kali Jose Mourinho memberikan respon panas kepada penyokong Chelsea.

Ianya bermula apabila satu seksyen penyokong Chelsea menyanyikan chant “Judas” dan “F*** off Mourinho”.

Ataupun terjemahannya, ‘Pembelot’, ‘Mourinho sila berambus.’

Mourinho memberikan isyarat 3 jari kepada mereka. Ia adalah peringatan sinikal bahawa belliau sudah memberikan 3 trofi EPL kepada Chelsea.

https://twitter.com/SeanPaulKearns/status/841382803531059206

Dalam sidang media selepas perlawanan, wartawan meminta komen beliau tentang insiden tersebut. Mourinho berkata:

“Mereka boleh panggil saya dengan apa sahaja mereka nak. Saya tetap profesional, saya mempertahankan kelab saya.”

“Selagi mereka belum memiliki pengurus yang memberikan mereka 4 kejuaraan EPL, Judas ini masih nombor 1.”

Ketika menjawab soalan tentang kekecewaan penyokong ke atas beliau kerana gagal membawa Chelsea ke UCL. Ini respon Mourinho:

“Jika Chelsea menang UCL musim lalu, mereka akan tetap boleh beraksi di UCL musim ini. Itu bukan salah saya, itu salah mereka yang masih kekal di sana.”

Dalam perlawanan panas semalam, Mourinho dan Antonio Conte terpaksa dileraikan pembantu pegadil ke-4 dan juga Michael Oliver.

Mourinho memberikan komen agak sinis kepada BBC selepas perlawanan.

“Rasanya kita semua menonton perlawanan sebelum kad merah tersebut.”

“Selepas kad merah tersebut, anda boleh melihat keputusan untuk 2 kad kuning kepada kami dan yang satu lagi insiden melibatkan mereka tetapi tidak diberikan kad.”

“Tetapi saya tidak mahu terlibat dalam hal itu.”

“Encik Michael Oliver, pengadil yang ada prestasi luar biasa. Manchester United sentiasa kurang bernasib baik bila bermain (di bawah pengadilan Oliver).”

“4 perlawanan, 3 penalti dan 2 kad merah yang agak cepat dalam perlawanan tadi, tetapi saya tidak boleh lakukan apa-apa untuk itu.”

“Saya berjabat tangan dengan dia selepas tamat perlawanan dan ucapkan banyak-banyak tahniah. Tak perlu rasanya nak cakap banyak.”

Baca juga: Sistem Mirror Tactic United Rosak Di Kiri, ‘Isolating’ Hazard Realisitik Tetapi Berisiko

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN