Quantcast
Sistem Mirror Tactic United Rosak Di Kiri, 'Isolating' Hazard Realisitik Tetapi Berisiko


ANALISIS TAKTIKAL

Sistem Mirror Tactic United Rosak Di Kiri, 'Isolating' Hazard Realisitik Tetapi Berisiko

Tuesday, 14 Mar 2017

Chelsea menang 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala FA 2017 menentang Manchester United.

Permulaan

Sebelum ini Manchester United sudah bermain dengan sistem bek bertiga ini.

Ia mungkin salah satu persediaan untuk berhadapan dengan pasukan yang bermain dengan sistem bek bertiga seperti Chelsea dan Spurs.

Kedua-dua pasukan bermula dengan sistem 3-4-3 di dalam perlawanan ini. Mourinho memberikan kepercayaan kepada trio Young-Rashford-Mkhitaryan.


Manakala Antonio Conte menurunkan kesebelasan pilihan beliau musim ini kecuali Pedro.

Sitem 3-4-3 United

Satu perkara yang jelas, pemain-pemain United mengadaptasi sistem ini dengan baik secara keseluruhannya.

Cuma masalah mereka adalah di sektor Darmian yang bocor. Jika dibandingkan dengan sebelah Valencia, ia bagai langit dan bumi beza kualiti bek sayap.

Namun Darmian bernasib baik kerana Ashley Young adalah defensive winger yang aktif membantu beliau di belakang.


Ini adalah heatmap Young yang banyak turun ke bawah untuk membantu Darmian.

Itupun masih belum cukup untuk menghalang Moses dan Willian yang jauh lebih bebas berbanding Hazard dan Alonso di sebelah kanan.

Ini adalah heatmap melibatkan 4 pemain Chelsea yang aktif di sayap. Anda akan melihat lebih limitasi di kiri berbanding dengan kanan.


Taktikal Mourinho untuk ‘menghapuskan’ Hazard

Mourinho ada alasan yang kukuh untuk berbuat begini. Lihat pass-map di bawah ini, dan anda akan nampak Hazard adalah titik fokal kepada taktikal Chelsea.

Manchester United agak berjaya untuk menghapuskan fungsi Hazard namun cara mereka melaksanakannya agak berisiko.

Mereka menggunakan sistem pressuring yang agresif. Manchester United tidak menggunakan sistem pressing dalam sistem ala rantaian pendulum.

Kesannya, terlalu banyak foul diberikan kepada Chelsea kerana Hazard berjaya memanipulasi keadaan ini.

Phil Jones dan Hererra antara 2 pemain yang aktif melakukan tekanan keras ini.

Ini adalah laporan chalkboard untuk 14 fouls dilakukan oleh United. Kebanyakannya bertumpu di kawasan Eden Hazard.

Rumusan untuk taktikal ini adalah, perlaksanaan mereka gagal kerana ada pemain dibuang padang kerana pendekatan ini.

Ia agak soft. Namun Hazard telah memanipulasi keadaan. Komen di bawah ini adalah daripada author The Guardian juga menyatakan kad kuning kedua Hererra itu tidak sepatutnya.

Namun The Guardian turut menyatakan pendekatan Mourinho ini kerap memakan diri beliau sendiri.

Ketika di Real Madrid, beliau kerap menggunakan taktikal ini ketika berhadapan pasukan yang ada dribbler berbakat macam Hazard terutama sekali Barcelona.

Dan pendekatan memberikan impak kepada pemain dibuang padang juga kerana ia memang taktikal yang menghadirkan foul terlalu kerap.

Ada foul yang tidak sepatutnya kad kuning kadang-kadang dilayangkan kad kuning kerana pengadil merasakan amaran sudah terlalu banyak.

komen dari The Guardian

Sistem serangan United dan Chelsea

Boleh dikatakan kedua-dua pasukan agak menghampakan dari segi ancaman di hadapan gol. Diego Costa gagal untuk melepasi kawalan pemain seperti Rojo yang cemerlang.

Manakala United ada masalah tidak penetratif daripada pemain seperti Ashley Young.

Pertukaran memasukkan Fellaini untuk Mkhitaryan memburukkan lagi keadaan ini. Mungkin Mourinho harus menggantikan Darmian dan menolak Young ke bek sayap.

Ini kerana sepanjang perlawanan ini, Young lebih kepada bek sayap yang berkesan tetapi pemain sayap yang lemah ketika menyerang.

Lihat passmap ini, anda mungkin akan bersetuju bahawa, Mkhitaryan patut kekal di dalam padang. Apa yang dia lakukan dalam 35 minit jauh lebih banyak daripada Young dari aspek serangan.

Young pula jelas pemain yang banyak turun ke bawah untuk membantu Darmian yang tidak efektif sebagai bek sayap. Darmian terlalu statik. Di tengah United memang hilang cengkaman secara total.

Paul Pogba terlalu kasual. Untuk bermain 10 orang anda perlu bermain lebih komited seperti Rojo ataupun Valencia.

Marcos Rashford nampak selesa dengan peranan no.9 tetapi hilang cutting edge dan sokongan yang lemah daripada Young terutamanya.

Chelsea hanya melakukan 5 cubaan tepat sepanjang perlawanan ini daripada 20 cubaan gol. Manakala United cuma ada 1 cubaan tepat daripada 4 cubaan gol.

Chelsea selesa dengan 1 gol

Chelsea kali ini tidak berusaha keras untuk mendapatkan gol kedua. Mereka selesa dengan 1 gol dengan keadaan United yang kurang seorang pemain.

Chelsea lebih mengutamakan aspek tidak hilang bola terlalu kerap. Mereka menguasai 72% perlawanan pada hari ini.

Conte memasukkan Fabregas untuk membentuk 3-5-2 pada 10 minit terakhir untuk menguatkan cengkaman di tengah sekaligus membantu mereka dalam penguasaan bola.

Penilaian

Ia adalah pendekatan yang hampir berjaya oleh Jose Mourinho pada awalnya. Pemain United berjaya mengadaptasi formasi dengan baik walaupun rosak di kiri.

Manchester United tidak cukup kombinasi di serangan bertiga serta isu kreativiti pada separuh masa pertama. Mungkin pemain seperti Mata adalah penyelesaian mereka selepas ini.

Di barisan pertahanan, Phil Jones masih banyak isu untuk diperbaiki dalam sistem bek bertiga, dia kerapa hilang arah.

Manakala Rojo adalah bek tengah terbaik di antara 6 bek tengah yang beraksi pada perlawanan ini.

Chelsea terlalu dominan di tengah. Gol kemenangan mereka pun dari pemain tengah. Ini bukanlah aksi intensif terbaik Chelsea namun United tidak mampu menghukum mereka terutama sekali pada separuh masa pertama.

Statistik

Pemain terbaik perlawanan

N’golo Kante (Chelsea)

Baca juga: Ragkuman Piala FA Inggeris; Chelsea 1 Manchester United 0

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Sistem Mirror Tactic United Rosak Di Kiri, 'Isolating' Hazard Realisitik Tetapi Berisiko



Berita Bola Yang Menarik