Sayangnya Beckham Kepada Sukan Ini, Tangisan Iringi Perlawanan Terakhir Beliau

Ini adalah sedutan daripada perlawanan terakhir David Beckham di arena bola sepak profesional.

David Beckham adalah figura ikonik di dalam bola sepak dunia. Beliau disukai penyokong sendiri dan juga penyokong lawan.

Pemain yang terkenal dengan trademark sepakan percuma serta hantaran lintang yang tajam ini membuat keputusan untuk bersara pada akhir musim 2012/13.

Pada May 2013, Beckham bermain bola sepak profesional untuk kali terakhir selepas karier 22 tahun beliau.

Beliau memakai but khas dalam perlawanan terakhir ini yang dicetak dengan nama anak-anak beliau.

Banyak pahit manis dalam karier beliau termasuk terpaksa menentang pasukan yang beliau sayangi di Old Trafford di hadapan penyokong United.

Ini adalah video bingkisan perlawanan terakhir David Beckham di padang bola sepak. Pasti ramai yang akan merindui Beckham.

Beliau digantikan dengan Lavezzi yang sempat mengusik rambut beliau yang menjadi trend setter kepada ramai lelaki di muka bumi sepanjang karier beliau.

Baca juga: Paulo Dybala Impikan Detik Merobek Gawang Iker Casillas Hari Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN