Prestasi Semasa JDT, TMJ Yang Bersalah? Ini Pandangan Kami

Dalam kenyataan terbaru di laman Johor Southern Tigers, TMJ tampil mengakui prestasi semasa JDT adalah tanggungjawab beliau.

Permulaan yang hambar?

JDT agak bergelut musim ini. Ia bukan isu mereka hanya kalah sekali dalam liga musim ini ataupun kekalahan pertama sejak 26 perlawanan. Memang kekalahan itu sebahagian daripada bola sepak.

Namun isu yang digariskan TMJ adalah lebih kepada kepada penilaian kenapa mereka masih gagal membentuk DNA bola sepak di dalam pasukan mereka musim ini.

Kami merasakan JDT masih pasukan pesaing utama kejuaraan liga musim ini. Tetapi mereka perlulah selesaikan isu prestasi dengan segera untuk menjadi pasukan yang dikejar lawan.

Buat masa ini, mereka adalah pasukan yang sedang mengejar.

Duit keutamaan buat masa ini

Sebelum ini TMJ membuat rombakan ke atas skuad JDT. Beliau terpaksa melepaskan Lucero dan Diaz serta meminjamkan keluar Harris Harun kerana faktor kewangan pasukan.

Jadi, rasanya JDT melakukan perkara yang betul kerana isu budget di dalam pasukan. Jangan pula nanti kos terlalu tinggi daripada pendapatan.

Namun TMJ mengakui mereka silap membeli 2 pemain untuk menggantikan pemain yang mereka lepaskan. Ia ibarat satu pembaziran.

Ini agak subjektif kerana pemain-pemain ini harus membuktikan sesuatu kepada kelab setelah masuk ke dalam pasukan ini. Mereka dibayar gaji!

Beri Mora peluang

TMJ melepaskan Gomez kerana beliau mahu menanam falsafah bola sepak berdasarkan acuan yang beliau mahukan sebelum ini.

Namun Gomez telah mengubah falsafah tersebut. TMJ memberikan Gomez peluang kerana pengendali tersebut berjaya mendapat keputusan yang baik dan trofi.

Beliau kemudian terpaksa melupakan isu kejayaan trofi selepas Gomez mahukan beberapa pemain untuk sistem Gomez.

TMJ mulai menegaskan, mereka perlu bermula sekarang untuk kembali kepada prinsip pembentukan falasafah bola sepak mereka.

Inilah sebab Mora dinaikkan pangkat kerana TMJ melihat beliau sebagai calon terbaik dengan turut mengambil kira kos perlantikan jurulatih dari luar.

Mora adalah jurulatih JDTII sebelum ini. Jadi, mereka hanya perlu mempromosi sahaja Mora.

Masalah bahagian serangan ?

Ya, hal ini memang berlaku kerana mereka masih gagal menentukan peranan beberapa pemain utama.

Brian Ferreira antara pemain yang masih tidak ada peranan prima dalam pasukan ini. Ia memberikan impak kepada sistem serangan pasukan.

Pemain seperti Gonzalo Cabrera dan Gabi Guerra turut tidak ada peranan yang signifikan. Ini kerana, buat masa ini Mora masih mencari formula untuk pemain-pemain utama pasukan.

Mungkin Mora harus mengambil pendekatan membentuk pemain berdasarkan sistem bukannya membentuk sistem berdasarkan pemain.

Pemain seperti Hazwan Bakri memang bukan pemain yang 15 gol semusim dalam liga. Inilah masanya mereka menggunakan kesempatan sebaik-baiknya untuk membuktikan diri mereka.

Bukan senang hendak menggantikan Diaz-Lucero. Namun para pemain harus berusaha untuk menjadi penggempur yang berbisa apabila berada dalam pasukan seperti JDT.

Serangan pasukan bukan bergantung kepada pemain penyerang sahaja, ia melibatkan 11 pemain di dalam padang dengan sistem yang dinamik.

Kami berpendapat, ketika mereka bermain 4-3-3 dengan adanya Nazmi dan Afiq minggu lalu, mereka nampak lebih baik. Mungkin Mora harus mengkaji opsyen itu semula. Ini cuma pandangan kami.

Adakah ia silap TMJ 100%?

Setback kepada pasukan ini memang berlaku. Tindakan drastik TMJ dalam pengurusan adalah demi memastikan akaun pasukan mereka lebih baik daripada sebelum ini.

Namun pasukan JDT yang ada rasanya masih lagi antara yang terbaik untuk liga domestik.

Sebelum ini kami berpendapat, skuad yang ada cuma sukar untuk bersaing dalam kejohanan seperti ACL kerana melepaskan Diaz, Lucero dan juga jantung pasukan mereka Harris Harun.

Kami berpandangan ada 2 aspek yang perlu mereka berikan perhatian seperti di bawah ini:

1. Pembentukan pasukan dan taktikal utama

Dalam pengurusan pasukan bola sepak, amat penting untuk membentuk pasukan utama dan taktikal utama dengan segera.

Isu paling utama adalah pemilihan pasukan utama oleh Mora. Beliau memilih pemain seperti Amirul Hadi sebagai pivot pasukan.

Cara transisi ini terlalu drastik kerana Amirul Hadi adalah pemain tengah menyerang. Pivot adalah peranan tengah bertahan yang perlu ada kemampuan untuk transisi bola daripada bertahan kepada menyerang.

Kredit foto: Asiana.my

Amirul Hadi kurang kualiti dalam hantaran kunci dari platform paling bawah (deep lying).

Seorang deep lying midfielder ataupun no.6, peranan beliau sekarang, perlu ada kemampuan untuk melakukan hantaran yang membuka kunci pintu lawan (unlocking).

Beliau cuma ada hantaran pendek sebagai kunci utama. Kami nampak usaha beliau untuk memperbaiki isu posisi di dalam padang.

Beliau cuba masuk ke slot antara 2 bek tengah seperti mana peranan Amirul Hisyam di Kedah. Namun apabila tiba isu transisi, Amirul Hadi perlu mara ke hadapan untuk menghantar bola.

Pirlo pernah memberitahu, seni sebagai deep lying playmaker, anda kadangkala tidak perlu berlari di dalam padang. 1 atau 2 langkah anda sudah cukup untuk menewaskan pertahan lawan di belakang sana.

Gandingan Amirul dan Safiq Rahim jelas agak lemah apabila tiba ke isu duel dan juga kawalan (marking). Shadow marking yang lemah membuatkan pasukan lawan senang melepasi zon ini.

Mora seharusnya ada plan lebih baik jika mahu menjadikan Amirul Hadi sebagai no.6 di dalam pasukan untuk digandingkan dengan pemain no.8 Safiq Rahim dalam sistem double pivot.

Mora juga harus tegas dalam pengurusan dalam perlawanan. Beliau kerap lambat melakukan pertukaran ataupun mengekalkan terus pemain yang out of form.

2. Pemain di zon selesa

Para pemain haruslah membuktikan nilai mereka di dalam pasukan. Pemain seperti Marcos Antonio, Fazly Mazlan dan S. Kunanlan nampak agak menurun pada awal musim ini.

Adakah mereka berada di zon selesa? Hal ini dibangkitkan Jose Mourinho ketika United bergelut awal musim ini.

Kami masih ingat ketika Fazly Mazlan cuba merampas slot utama bek kiri. Beliau sangat cemerlang dan kemudian menjadi pemain penting JDT.

JDT / Kredit foto: Asiana.my

Musim ini, nampak beliau agak bergelut dalam pasukan ini. S. Kunanlan pun sama! Adakah ini petanda pemain seperti Azriff Nasrulhaq harus step up!

Marcos Antonio menunjukkan dia menjadi semakin sukar bersaing dengan pemain yang lincah dan juga yang laju.

Brian Ferreira dan Safiq Rahim pula harus membuktikan sesuatu kepada penyokong. Biarkan aksi di padang menjawab, kenapa mereka berhak berada di dalam kesebelasan utama.

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Tengah Bertiga Perak Menjadi Pagar Penting Untuk Tewaskan JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN