Analisis Taktikal MSL 2017: Tengah Bertiga Perak Menjadi Pagar Penting Untuk Tewaskan JDT

Tengah bertiga Perak menjadi pagar penting ketika menjadi defensive gate dan juga mengitar semula bola untuk kekalahan pertama JDT dalam MSL sejak Ogos 2015.

Permulaan

Perak bermula dengan 4-3-3, manakala Benjamin Mora kali ini turun dengan sistem 4-2-3-1. Mora terus memberikan kepercayaan kepada Safiq-Amirul sebagai pivot dalam sistem beliau.

Kerapuhan pertahanan kedua-dua pasukan

Kedua-dua pasukan agak rapuh di bahagian pertahanan terutama pada fasa awal perlawaan. Ia menjadikan setiap serangan terlalu terbuka kepada kedua-dua pasukan.

Perak dan JDT ada masala dengan struktur pertahanan. Namun Perak memiliki perlindungan yang sedikit lebih baik di bahagian tengah dan menjadi lebih baik selepas dibolosi berbanding dengan JDT.

JDT pula menyaksikan Amirul dan Safiq sekali lagi membuktikan duo ini agak lemah dalam memberikan perlindungan kepada bek berempat.

Farizal Marlias  sendiri melakukan 2 goalkeeping errors dan mujur tidak dihukum Perak.

JDT bermain dalam sistem pressing yang lemah di tengah. Mereka memberikan ruang yang sangat selesa kepada pemain seperti Faton Toski melakukan hantaran diagonal kepada pemain penyerang.

Marcos Antonio dan Aidil turut mencari rentak dalam perlawanan ini. Fazly Mazlan dan Kunanlan juga tidak bermain dalam prestasi terbaik.

Ini anatomi gol pertama dihasilkan, bagaimana sistem pressing JDT memberikan ruang selesa kepada Toski. Kemudian Aidil sudah terperangkap (caught). Marcos dan Fazly Mazlan dalam jogging pace.

 

Sekarang kita lihat pula struktur pertahanan pasukan Perak ketika melepaskan gol pertama. Organisasi semua berterabur.

Tengah Bertiga (midfielder 3) Perak dominan di tengah

Perak ternyata pasukan yang berjaya menguasai tengah dalam perlawaan ini. Sistem 4-2-3-1 JDT agak pegun dan tidak fluid dan tak ada intergrasi di tengah.

Ini juga mungkin aksi terbaik Hafiz Kamal sejak sekian lama. Dia lebih tenang mengawal tempo perlawanan.

Tengah bertiga pasukan Perak berjaya menghancurkan gerakan JDT di tengah dan memaksa JDT untuk beroperasi di bahagian sayap.

Pada fasa kemasukan Shahrul Saad, Perak kekal dominan di bahagian tengah. JDT tidak ada formula lebih baik bermain dalam keadaan padang yang agak lembut.

Musim lalu mereka ada formula yang lebih berkesan walaupun bermain dalam apa jua keadaan padang untuk menjadi pasukan invincible.

JDT membuatkan Perak lebih yakin untuk mara dari bahagian tengah dan berkembang dari minit ke minit.

Sistem pasukan Perak agak lemah dalam kelebaran pasukan (width) kerana 2 pemain bek sisi mereka kurang membekalkan aspek tersebut.

Namun ancaman mereka lebih direct dari tengah. Apabila mendapat bola mereka akan terus menghantar ke 2 sektor half-space.

Satu perkara yang jelas, Zaquan dan Pinto sentiasa beroperasi di half-space dan tidak terlalu di wide area. Ini yang membuatkan mereka sentiasa terus mengancam ke kawasan gol.

Ia adalah konsep penyerang sayap yang tepat untuk melancarkan ancaman terus ke dalam kotak penalti.

Kuning gelap – gerakan, biru – hantaran

Gambaran di atas menunjukkan sistem tengah bertiga Perak menjadi defensive gate yang lebih progresif berbanding dengan sistem double six JDT yang sepatutnya lebih berjalinan dengan Brian Ferreira.

JDT terputus hubungan di serangan kerana lemah di zon 14 /tight area

Secara umumnya, sistem 4-2-3-1 adalah sistem yang aktif bergerak di belakang penyerang. Lapisan tengah bertiga di belakang no.9 adalah kekuatan utama sistem ini.

Namun sistem serangan JDT agak outsources ataupun hilang sumber.

Mereka tidak ada ‘keberanian’ untuk bermain di tight area iaitu zon 14. Agak ironi kerana, ini adalah zon yang menjadi sumber menuai gol mereka musim lalu.

JDT gagal di tengah kerana tengah bertiga dengan double six JDT tidak membentuk gandingan yang baik ketika bertahan ataupun menyerang.

Brian Ferreira perlu ada kemampuan untuk turun ke kawasan bulatan tengah (center circle) ketika bertahan.

Ini untuk membolehkan sokongan secara posisi sentiasa ada dan jalinan antara no.8 dan double six serta pemain sisi konsisten.

Ketika menyerang, Gabriel Guerra adalah pusat kepada gerakan utama pasukan ini. Brian Ferreira gagal memainkan peranan beliau sebagai pemain yang menghubungkan bahagian pivot dan serangan di zon 14.

Beliau terlalu overplay dan akhirnya hilang bola.

Anda boleh baca Analisis Taktikal Piala Eropah: Portugal v Poland, bagaimana isu gagal masuk ke half-space ini menghantui Ronaldo dan rakan-rakan. Moutinho dimasukkan untuk memperbaiki masalah ini.

Anda juga boleh baca, bagaimana Liridon memperbaiki isu tight area ini dalam formasi 4-2-3-1 Kedah pada perlawanan menentang Pahang dalam Analisis Taktikal MSL 2017: Peranan Liridon Mengubah Struktur Pasukan Kedah.

Pivot pasukan JDT boleh dikatakan rosak dalam perlawanan ini. Interaksi antara pemain sisi dan bek sisi juga lemah ketika bertahan.

Mereka mengeluarkan Brian Ferreira dan memasukkan Mahali Jasuli, ia lebih kepada plan memperbaiki bahagian sisi.

Namun masih gagal untuk memperbaiki isu zon 14 dan juga intergrasi sistem 4-2-3-1. Dengan struktur JDT yang terlalu pitch wide, Perak senang untuk mengitar semula bola dan melakukan serangan balas.

Ini adalah contoh 4-2-3-1 JDT cuba berkembang kepda 3-3-3-1 apabila menyerang. Namun sokongan antara posisi pemain JDT terlalu jauh (pitch wide).

Tengah bertiga Perak berjaya meneutralkan ancaman lebih awal sebelum masuk ke garisan rendah. Mirchev turun sedikit sebagai deep lying forward untuk menjadi outlet kepada serangan balas.

JDT tidak penetratif

Ini beza terbesar JDT dan Perak ketika menyerang ataupun kurang positiviti. Perak pula lebih penetratif dan segera menghadirkan ancaman.

JDT tidak yakin untuk memecahkan tight area. Mereka terlalu banyak hantaran ke belakang dan ke sisi ketika pemain-pemain mereka sudah berada dalam unit yang ramai di serangan.

Lihat contoh video di bawah. Mereka jelas tidak cukup ofensif.

JDT juga terlalu banyak hantaran akhir ataupun gerakan akhir yang lemah. Mereka kerap hilang bola di sempadan final third.

Ini pula contoh Perak ketika mengitar semula bola. Mereka jauh lebih penetratif dan positif untuk melakukan hantaran ke hadapan (forward passes).

Yashir Pinto ancaman utama JDT

Beliau jelas sekali pemain terbaik dalam perlawanan ini. Beliau menjaringkan gol dan menjadi punca untuk gol ke-2 JDT.

Pinto memanipulasi kawasan half-space JDT yang terlalu terbuka dalam perlawanan ini.

Ketika Faton Toski dikeluarkan, kami menjangkakan ia akan menjadi setback kepada sistem Perak. Namun ia tidak berlaku kerana kemasukan Shahrul Saad dapat mengekalkan cengkaman di bahagian tengah.

Dalam keadaan padang yang agak lembut dan licin, aspek teknikal menjadi perkara penting. Itu yang berjaya dilakukan Shahrul Saad.

Lebih penting adalah, Yashir Pinto dapat mengekalkan ancaman beliau di half-space kiri.

Penilaian

Adakah ia kemenangan yang adil? Sudah tentu! Perak secara keseluruhan berjaya bertahan dengan baik selepas melepaskan gol dalam keadaan tidak terurus.

Ini jelas bukanlah pertarungan taktikal kerana ia lebih kepada pertarungan direct football.

Ini kerana faktor padang yang menghalang bola dialirkan dengan lancar. JDT pula terlalu ramai pemain out of form. Jadi Perak berjaya mengambil kesempatan.

Perak konsisten di tengah dan berjaya mengekalkan ancaman di half-space. JDT sememangnya outplayed di tengah.

JDT pula jelas bereksperimen ataupun gamble dalam perlawanan ini. Mora seharusnya sudah memiliki sistem utama di dalam pasukan mereka.

Double six pasukan JDT sangat lemah dalam bertahan. Walaupun padang teruk sekalipun, ia bukan alasan untuk tidak berada di zon yang betul ketika bertahan.

Perak bermain di padang yang sama. Dan harus di diingat, JDT beberapa musim lalu juga bermain di beberapa padang yang teruk, mereka tetap mampu menang dan invincible.

Saya agak kritikal dengan Mora kali ini kerana saya merasakan sistem 4-3-3 yang beliau gunakan sebelum ini berfungsi lebih baik.

Beliau tidak ada pelan untuk membendung ancaman Pinto dari awal dan tidak memperbaiki sistem tengah yang rosak dengan segera terutama sekali pivot.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Yashir Pinto sangat cemerlang dalam perlawanan ini. Begitu juga dengan Faton Toski, Mirchev, Shahrul Saad dan unit pertahanan Perak.

Namun kami memilih Hafiz Kamal sebagai pemain terbaik. Ini kerana beliau adalah asas kepada stabiliti di tengah.

Baca juga: Perak Menang Di Ipoh, Leburkan Rekod Tanpa Kalah JDT Dalam 25 Perlawanan Liga

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN