Statistik: Laporan Prestasi MSL 2017, Baddrol Cemerlang, Pulau Pinang Dalam Senarai Terburuk

Kami bawakan statistik liga Super 2017 setakat ini. Liga Super sudah memasuki minggu perlawanan ke-5. Namun ada beberapa pasukan masih ada baki 1 ataupun 2 perlawanan setakat ini.

Ini laporan ringkas prestasi semasa 12 pasukan yang bertanding setakat ini.

1. Rentetan kemenangan (winning streaks)

Setakat ini tidak ada pasukan yang mampu melakukan lebih daripada 2 kemenangan berturut-turut. Pasukan yang berjaya melakukan 2 kemenangan beruturut-turut adalah Kedah, Pahang, Perak, T-Team, PKNS dan Kelantan.

2. Rentetan kekalahan (Losing streaks)

Pasukan Pulau Pinang paling teruk musim ini dengan 5 kekalahan berturut-turut daripada 5 perlawanan. Ia adalah kekalahan 100% dalam liga.

kredit foto: Asiana.my

Mereka menjadi pasukan pertama yang kalah dalam kesemua 5 perlawanan pertama liga sejak francais Liga Super diperkenalkan pada 2004.

Anda boleh baca sejarah permulaan pasukan yang teruk di artikel Statistik: Adakah Pulau Pinang 2017, Pasukan Terburuk Memulakan 4 Perlawanan Pertama MSL.

3. Paling tajam 

Pasukan Pahang menjadi pasukan yang paling tajam di hadapan gol dengan 14 gol daripada 5 perlawanan. Ratio gol per perlawanan untuk Pahang adalah 2.8 per perlawanan.

Ini diikuti PKNS dengan 11 gol daripada 5 perlawanan atau ratio 2.2 gol perlawanan ini.

Ketiga adalah Kedah dengan 2.0 gol per perlawanan setelah menjaringkan 10 gol daripada 5 perlawanan.

Daripada 3 senarai pasukan di atas ini, 2 penjaring terbanyak adalah daripada Pahang dan Kedah iaitu Matheus Alvez dan Baddrol Bakhtiar dengan masing-masing 4 gol setakat ini.

Kedah player Baddrol Bakhtiar (L) during Super League match at Darul Aman Stadium on 27 January 2017. Photo by Muhammad Syamil Naim / www.asiana.my

4. Paling tumpul

Pasukan Pulau Pinang hanya menjaringkan 1 gol daripada 5 perlawanan. Ini bermakna ratio gol mereka adalah 0.2 per perlawanan.

Ini diikuti Sarawak dengan ratio 0.8 per perlawanan selepas hanya menjaringkan 4 gol daripada 5 perlawanan.

5. Paling kental bertahan

Kelantan (3 perlawanan), JDT (4 perlawanan) dan Kedah (5 perlawanan) masing masing hanya melepaskan purata 1 gol per perlawanan setakat ini.

Kelantan player Norhafiz Zamani Misbah during Super League match at Shah Alam Stadium on 27 January 2017. Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

6. Paling bocor

Pulau Pinang adalah pasukan yang paling bocor dengan ratio 2.2 bolos per perlawanan. Ini selepas dibolosi 11 kali dalam 5 perlawanan.

Ini dikuti 3 lagi pasukan dengan rekod ratio 1.8 bolos per perlawanan iaitu Felda United, T-Team dan PKNS.

Rumusan

Ia permulaan yang sukar untuk Pulau Pinang. Pahang sudah 2 kali menang dengan jaringan 5 gol atau lebih awal musim ini.

Baddrol The Sniper berada dalam prestasi terbaik menjadi penjaring terbanyak berkongsi jumlah 4 gol dengan penyerang Matheus Alvez.

Kelantan masih gagal menang di Kota Bharu selepas 5 perlawanan terakhir mereka di sana adalah tanpa kemenangan. 4 kalah dan 1 seri!

Baca juga: Prestasi Semasa JDT, TMJ Yang Bersalah? Ini Pandangan Kami

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN