Real Madrid Bangkit Tewaskan Napoli, Ronaldo Cipta Assist Ke-5, Benzema Pintas Thierry Henry

Real Madrid bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Napoli dalam perlawanan pertama peringkat 16 pasukan akhir.

Pasukan pelawat mendahului menerusi gol pemain yang sedang membara Lorenzo Insigne pada minit ke-8.

Karim Benzema menanduk masuk gol penyamaan hantaran silang Dani Carvajal 11 minit kemudian.

Jaringan ini meletakkan Benzema sebagai penjaring ke-5 terbanyak dalam sejarah UCL, memintas lagenda Arsenal dan Barcelona, Thierry Henry.

[table]
Pemain,Gol UCL,
1. C. Ronaldo,95,
2. L. Messi,93,
3. Raul,71,
4. V. Nistelrooy,56,
5. Benzema,51,
[/table]

Toni Kroos meletakkan tuan rumah di hadapan pada awal separuh masa kedua. Kroos dan unit tengah Real Madrid antara punca Real Madrid bangkit dalam perlawanan ini.

Kehebatan unit tengah Real Madrid dilengkapkan dengan sepakan voli cantik dari Casemiro pada minit ke-54. Casemiro melakukan 16 cubaan gol dalam UCL musim ini.

Beliau hanya menjaringkan 2 gol daripda 16 cubaan tersebut. Kedua-dua gol adalah dari luar kotak penalti.

Ronaldo kemarau gol tetapi buktikan dirinya tidak mementingkan diri sendiri

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 34 gol dalam 38 perlawanan kalah mati UCL untuk Real Madrid.

Cristiano Ronaldo kini merekodkan 523 minit tanpa gol di UCL. Ia adalah kemarau gol paling lama beliau untuk Real Madrid di UCL.

Pemain 32 tahun ini terlepas peluang keemasan dari jarak dekat pada pertengahan babak pertama.

Prestasi Ronaldo kali ini menunjukkan beliau tidak mementingkan diri sendiri.

Beliau mencipta peluang gol untuk Benzema hanya selepas hanya 23 saat. Namun cubaan Benzema diselamatkan Pepe Reina.

Beliu turut menjadi punca kepada jaringan kedua oleh Toni Kroos. Beliau telah melakukan bantuan gol untuk jaringan tersebut.

Ini menjadikan beliau telah melakukan bantuan gol sebanyak 5 kali dalam 7 perlawanan UCL. Yang terbanyak dalam sejarah karier beliau untuk Real Madrid.

Tugas berat Napoli

Statistik Opta nampaknya sangat berpihak kepada Real Madrid.

  • Real Madrid mara dari kesemua 8 peringkat 16 pasukan terakhir setelah memenangi perlawanan pertama
  • Napoli tersingkir 4 kali berturut-turut dalam fasa 16 pasukan setelah tewas perlawanan pertama

Zinedine Zidane berbangga dengan aksi cemerlang para pemain beliau. Mereka memperbaiki kesilapan selepas melepaskan gol awal.

Manakala pengurus Napoli, Maurizio Sarri masih percaya mereka mampu melakukan kebangkitan pada perlawanan ke-2.

Beliau menyeru agar pemain-pemain beliau tidak putus asa dan mengelakkan daripada melakukan kesilapan pada perlawanan itu nanti.

Baca juga:  Bayern Munich Membelasah Arsenal 5-1 Di Allianz Arena

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN