Juventus Tewaskan AC Milan, Rekod Di Laman Sendiri Terus Kebal

Juventus tewaskan AC Milan dalam aksi Coppa Italia peringkat suku akhir yang berlangsung di Juventus Stadium.

Dalam perlawanan menyaksikan 2 gergasi Itali itu bertemu, seorang pemain AC Milan telah dibuang padang.

Gol awal pembakar semangat

Juventus tewaskan AC Milan selepas memperoleh gol awal ketika perlawanan ini dilangsungkan apabila Paulo Dybala berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-10 menerusi penyudah mudah hasil dari hantaran cantik Juan Cuadrado.

Hari AC Milan semakin sukar apabila Miralem Pjanic menjaringkan gol cantik menerusi sepakan percuma pada minit ke-21 untuk memberikan kelebihan 2 gol kepada pasukan tuan rumah.

Carlos Bacca bagaimana pun berjaya memperoleh 1 gol untuk pasukan pelawat selepas beliau menjaringkan gol cantik untuk AC Milan menerusi satu voli menewaskan penjaga gol Juventus – Neto.

Namun begitu, usaha AC Milan untuk bangkit terbantut apabila Manuel Locatelli dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua.

Pemain pinjaman dari Everton, Gerard Deulofeu hampir memberikan gol penyamaan untuk AC Milan. Namun percubaannya dihalang Neto.

Menguasai perlawanan

Dari segi statistik, AC Milan menguasai keseluruhan perlawanan menerusi jumlah peratusan penguasaan bola.

Ini dapat dilihat apabila AC Milan menguasai 58% penguasaan bola sementara Juventus hanya menguasai 42% penguasaan bola sahaja.

Namun dari segi percubaan, Juventus lebih menguasai apabila mereka mencipta 13 percubaan berbanding AC Milan yang hanya mencipta 7 sahaja.

Juventus juga mencipta 5 percubaan tepat sementara AC Milan hanya mencipta 3 sahaja.

Juventus akan bertemu dengan Napoli di aksi separuh akhir Coppa Italia.

Kesebelasan utama:

Juventus – Neto (panjaga gol), Andrea Barzagli, Leonardo Bonucci (kapten), Daniele Rugani, Kwadwo Asamoah, Miralem Pjanic, Sami Khedira, Juan Cuadrado, Paulo Dybala, Mario Mandzukic, Gonzalo Higuain.

AC Milan – Gianluigi Donnarumma (penjaga gol), Ignacio Abate (kapten), Christian Zapata, Alessandro Romagnoli, Luca Antonelli, Juraj Kucka, Manuel Locatelli, Andrea Bertolacci, Giacomo Bonaventura, Carlos Bacca, Suso

Baca juga: Real Madrid Tersingkir Dari Copa Del Rey Selepas Tewas Kepada Celta Vigo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN