Quantcast

BERITA

Wenger Tolak Pegawai Perlawanan, Ini Komen Jose Mourinho

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyatakan bahawa beliau mengikuti secara dekat perkembangan kes Arsene Wenger yang menolak pegawai perlawanan.

Beliau mahu tahu apakah bentuk tindakan yang akan diambil oleh FA England ke atas Wenger.

Minggu lalu, Pegurus Arsenal itu memarahi dan dan menolak seorang pegawai keempat ketika Arsenal menewaskan Burnley. Wenger diminta memberikan penjelasan pada hari ini (Khamis), 6 petang waktu UK.

Mourinho mahukan keadilan yang sama. Ini kerana beliau beberapa kali digantung perlawanan kerana bertengkar dengan pegawai perlawanan.

Namun dengan nada sinis dia berkata, dia tak ada sampai menolak pegawai perlawanan.

Pada tahun 2015, ketika masih menjadi pengurus Chelsea, Jose Mourinho digantung satu perlawanan kerana salah laku yang berkaitan dengan bahasa dan kelakuannya ke atas pengadil Jon Moss pada separuh masa pertama.

Ianya ketika perlawanan Chelsea menentang West Ham. Sebelum itu, Mourinho sudah pun digantung kerana menyifatkan pengadil takut memberikan penalti kepada Chelsea.

Pada Mei 2014, penolong beliau Rui Faria, telah digantung 6 perlawanan kerana berbalah dengan pegawai perlawanan ketika perlawanan Chelsea menentang Sunderland.

Faria berang dengan memaki hamun Mike Dean yang memberikan penalti kepada Sunderland yang membawa kepada kekalahan Chelsea.

Berbalik kepada kes Arsene Wenger, beliau didakwa kerana terlibat dalam konfrontasi dengan pegawai keempat Anthony Taylor di Stadium Emirates pada hari Ahad.

Arsene Wenger menyesali perbuatan beliau dan meminta maaf sambil menyatakan, beliau seharusnya tidak pernah sekali melakukan perkara seperti itu, iaitu menolak pegawai perlawanan.

Wenger berkata:

“Rasanya saya patut diam dan balik sahaja ke rumah pada masa itu.”

Dalam sidang media sebelum perlawanan Piala EFL, Jose Mourinho memberikan komen beliau tentang perkara itu selepas ditanya wartawan.

Beliau berkata:

“Saya tidak pernah menolak pengadil jadi saya tidak tahu untuk membandingkan situasi tersebut. Jadi saya tidak tahu. No comment!.

Ditanya apakah perasaan beliau ketika ditolak Arsene Wenger pada 2014, Mourinho berkata:

“Jika saya melakukan perkara itu, saya akan digantung daripada memasuki stadium.”

Manchester United akan menentang Hull City pada awal pagi esok waktu Malaysia. Ia adalah perlawanan separuh akhir ke-2 Piala EFL.

Mourinho pastinya sedang berkobar-kobar mahu menikmati final pertama beliau bersama Manchester United. Semoga berjaya kepada Manchester United!

Baca juga: Cristiano Ronaldo Menang Anugerah Lagi! Kali Ini Dari China