Quantcast

BERITA

Real Madrid Tersingkir Dari Copa Del Rey Selepas Tewas Kepada Celta Vigo

Real Madrid tersingkir dari saingan Copa Del Rey apabila tumbang ditangan Celta Vigo menerusi jaringan aggregat.

Tumbang di penghujung

Segalanya serba tidak kena buat pendahulu La Liga ini apabila mereka menentang Celta Vigo di laman mereka sendiri.

Sudahlah tewas 2-1 di perlawanan pertama. Di aksi timbal balik, malang mereka berterusan selepas pertahanan mereka Danilo menjaringkan gol sendiri sebaik sahaja separuh masa pertama hendak tamat.

Ini merupakan gol sendiri kedua beliau musim ini selepas menjaringkan gol sendiri pada perlawanan menentang Sevilla.

Gol sendiri tersebut memberikan kelebihan aggregat buat Celta Vigo dengan jaringan 3-1.

Namun defisit itu dikurangkan apabila Cristiano Ronaldo menjaringkan gol penyamaan untuk memberikan jumlah aggregat gol menjadi 3-2.

Real Madrid tersingkir dari Copa Del Rey selepas Daniel Wass menjaringkan gol pada babak akhir permainan untuk mengesahkan tempat mereka di separuh akhir Copa Del Rey.

Lucas Vazquez berjaya menjaringkan gol pada 5 minit terakhir permainan, namun ia tak cukup untuk menyelamatkan Real Madrid dari tersingkir.

Dengan keputusan seri ini menghantar Real Madrid tersingkir dari Copa Del Rey selepas tewas dengan jumlah aggregat 4-3.

Musuh tradisi mereka, Atletico Madrid pula mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan Eibar 5-2 menerusi aggregat.

Jose Gimenez memberikan pendahuluan buat Atletico Madrid di tempat lawan sebelum Pedro Leon dan Sergi Enrich menjaringka 2 gol untuk pasukan tuan rumah.

Juanfran menjaringkan gol pada minit-minit terakhir permainan untuk membawa pasukan beliau ke separuh akhir.

Sejak memintas rekod Barcelona dalam rekod tidak kalah perlawanan paling banyak dalam semua kejohanan, Real Madrid telah mengalami masa sukar mereka.

Mereka cuma berjaya mendapatkan 2 keputusan seri dan 2 kekalahan dari 5 perlawanan terakhir mereka.

Selepas ini, Real Madrid akan menerima kunjungan Real Sociedad di Santiago Bernabeu untuk aksi La Liga. Sementara Celta Vigo akan melawat Leganes untuk perlawanan liga mereka yang seterusnya.

Kesebelasan utama: 

Celta Vigo – Sergio Alvarez (penjaga gol), Jonny Castro, Gustavo Cabral, Facundo Roncaglia, Hugo Mallo (kapten), Daniel Wass, Nemanja Radoja, Marcelo Diaz, Theo Bogonda, John Guidetti, Iago Aspas.

Real Madrid – Kiko Casilla (penjaga gol), Danilo, Sergio Ramos (kapten), Casemiro, Nacho Fernandez, Isco, Mateo Kovacic, Toni Kroos, Marcos Asensio, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema.

Baca juga: Southampton Kalahkan Liverpool, Mara Ke Perlawanan Akhir EFL Cup