Projek Chinese Super League Diyakini Pelabur (Bahagian 2)

Kami sudah terangkan dalam bahagian 1, bagaimana dasar kerajaan membantu untuk meningkatkan projek Chinese Super League yang diyakini pelabur.

Kepada anda yang belum membaca bahagian 1, rasanya elok anda baca dahulu.

Baca juga: Projek Chinese Super League Yang Diyakini Pelabur (Bahagian 1)

Dalam bahagian kedua kali ini kami menyentuh beberapa sebab yang meyakinkan para pelabur untuk menabur duit mereka dalam industri bola sepak.

1. Peningkatan minat dalam sukan

China memang negara yang ramai peminat apa jua jenis sukan. Tapi jumlah itu meningkat dengan mendadak selepas sukan Olimpik Beijing termasuk bola sepak.

Kita bukan bercerita tentang kuantiti atau saiz pengikut bola sepak, tetapi kita bercerita tentang peningkatan mendadak.

Berikut adalah carta laporan yang dibentangkan Nielsensports tentang prestasi sukan-sukan utama di China pada 2015.

3 kelab yang paling diikuti di China pada hari ini adalah:

1. Real Madrid
2. Inter Milan
3. AC Milan

Di atas ini 2 kelab Milan ada sentimen China yang kuat. Inter Milan dimiliki orang China. AC Milan pula ada sentimen potensi pemilikan orang China.

Real Madrid kerana mereka sudah menjalinkan kerjasama strategik dengan China dalam pembangunan akademi. Ia dikuatkan lagi dengan populariti kelab tersebut yang memang kuat.

Oleh itu, ramai para pelabur ini cuba membawa nama-nama besar ke dalam pasukan mereka. Pattern menandatangani pesara di Eropah semakin berkurangan kecuali atas dasar komersil.

Mereka mahu menjadikan pasukan mereka kuat dan menarik penyokong di sekitar wilayah mereka.

2. Data konsumer dan akses melalui internet

Ianya aspek yang sangat penting menjadikan Chinese Super League diyakini berbaloi untuk perlaburan.

Sifat dan corak konsumer di China sangat luar biasa. Peningkatan akses kepada maklumat di internet terutama sekali telefon pintar antara sebab kenapa pelabur dalam industri bola sepak mahu mengambil kesempatan.

Data yang dikeluarkan CIA World Factbook pada 2015 menunjukkan sebanyak sekitar 1.305 billion nombor telefon bimbit yang didaftarkan di China pada 2015.

Ini adalah laporan bergrafik dikeluarkan oleh CIA World Factbook tentang data pengguna di China.

Antara perkara yang paling banyak dikongsikan di alam maya adalah bola sepak. Kerana ia sukan no.1 di dunia. Ia antara sebab kenapa Chinese Super League diyakini menjadi medium publisiti yang terbaik.

Mungkin kerajaan China akan membuka sekatan ke atas Facebook selepas ini. Ini kerana pada November 2016, facebook berjanji untuk melakukan beberapa censorship khas untuk China.

Jika Facebook dibuka, ia akan menjadi medium yang kuat membantu dalam publisiti di media sosia.

Nota Editor: Facebook tidak diharamkan di China, ianya cuma disekat sejak 2009 kerana peristiwa aktivis di Xianjing yang menggunakan Facebook dalam gerakan mereka.

3. Landskap media

Negara ini mempunyai beratus-ratus stesen penyiaran televisyen, 20 daripada yang dikendalikan oleh siaran
gergasi China Central Television (CCTV).

Selainnya dimiliki sama ada wilayah ataupun siaran tv bandar tempatan. Ia merupakan salah satu potesi besar pasaran pengiklanan utama di dunia.

Terdapat satu gelombang ataupun baka baru dalam penyiaran iaitu melaui media atas talian yang mencabar dominasi CCTV.

Gelombang baru ini melibatkan perkhidmatan penstriman. Mereka menjalinkan intergrasi dengan seperti QQ Tencent, WeChat, Sina Weibo plus runcit dan e-dagang, telefon pintar dan syarikat konsol permainan.

Jadi, pengguna kepada pembekal tersebut akan ditawarkan pakej sukan yang menarik.

Laporan oleh Digital China Yearbook menyebut:

680 juta daripada 1.37 bilion penduduk China, kini aktif menggunakan internet. 653 juta pengguna aktif media sosial. 577 juta pula aktif pada platform sosial melalui mudah alih yang lain.

Walaupun televisyen masih menjadi kuasa utama dalam penyiaran, namun perkembangan pesat peranti mudah alih dan on the go ini sangat luar biasa.

Sebagai tambahan, pada 2016 Skysports UK ada menayangkan siaran langsung Chinese Super League. Ia kerana adanya permintaan dari peminat.

Harus diingat, orang China ada di mana sahaja. Di UK populasi mereka semakin meningkat. Jadi, potensi dari segi hak penyiaran Chinese Super League diyakini dan dilihat semakin meningkat.

4. Sasaran strategik

Pembangunan sistem bola sepak profesional di China adalah dipandu oleh kerajaan di bawah pimpinan Xi Jinping. Syarikat-syarikat China dan individu kaya adalah digalakkan untuk melabur dalam sukan di dalam dan luar negara.

Pada Oktober 2014, badan Pentadbiran Sukan di China mensasarkan pendapatan CNY5 trilion atauun U$D 813 billion daripada industri sukan menjelang tahun 2025.

Kerajaan memansuhkan beberapa karenah birokrasi yang berkaitan untuk menggalakkan pelaburan dari dalam dan luar negara.

Antara syarikat gergasi yang  mendahului, termasuk Wanda Group, Alibaba Group dan Kaisa Group, yang sudah melabur berbillion dollar sejak kebelakangan ini.

Ini antara sebab pelabur lain meilhat Chinese Super League diyakini. Bola sepak kini adalah sebahagian daripada sistem sekolah di China.

Kelab-kelab utama mulai membuat pelaburan yang besar dalam membangunkan inisiatif akar umbi dan kemudahan.

Misalnya Guangzhou Evergrande telah bekerjasama dengan Real Madrid untuk membangunkan latihan 50 pusat akademi di seluruh China.

Pada bulan April 2016, Persatuan Bola Sepak China mensasarkan untuk menjadi kuasa besar bola sepak dunia pada tahun 2050.

Kini mereka semakin aktif membina beberapa pusat latihan dan padang di seluruh China dengan sasaran satu padang bola sepak bagi setiap 10,000 orang pada tahun 2030.

Mereka juga membantu pemain-pemain bola sepak, lelaki dan wanita untuk membangunkan karier mereka.

Rumusan

Berdasarkan 2 bahagian artikel  ini kami merumuskan Chinese Super League diyakini kerana dasar kerajaan, prospek serta landskap konsumer dan media China yang tinggi.

Sasaran mereka untuk menjadi kuasa bola sepak dunia pada 2050 adalah satu projek yang serius. Semua pihak di China sangat bersatu hati dalam hal ini pada hari ini.

Jika mereka mengekalkan momentum yang ada, rasanya ia bukan sesuatu yang mustahil.

Baca juga:Chinese Super League: Pelan Jangka Panjang Untuk Bola Sepak China

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN