10 Kasut But Yang Dipakai Oleh Penyerang Utama Dunia

Dalam bola sepak moden, kasut but antara peralatan yang cukup penting.

Bukan sekadar pelindung untuk kaki, malah kini kasut but dicipta mengikut kesesuaian corak permainan pemain tersebut.

Bagi penyerang atau pun pemain sayap yang ditugaskan menjaringkan gol, mereka memerlukan kasut but yang benar-benar sesuai dengan kaki mereka supaya mereka mudah untuk menyelesaikan tugas menjaringkan gol.

Mari kita lihat 10 kasut but yang dipakai oleh 10 penyerang terbaik dunia.

Antoine Griezmann – Puma evoSPEED SL II

Bagi pemain utama Atletico Madrid ini, Puma evoSPEED SL II ini merupakan kasut but yang sesuai dengan gaya permainan beliau.

Diperbuat dari sintetik, ia cuma mempunyai jumlah berat yang cukup ringan iaitu seberat 103 gram sahaja!

Puma evoSPEED SL II ini dicipta untuk pemain yang gemar menggunakan kepantasan dalam permainan mereka. Selain Griezmann, Sergio Aguero dan Marco Reus juga menggunakan kasut but ini.

Alexis Sanchez – Nike Mercurial Superfly V

Kasut but ini direka khas untuk pemain yang menggunakan kelajuan.

Direka oleh Nike, Nike Mercurial Superfly V ini dipakai oleh Alexis Sanchez dan ia diperbuat dari flyknit.

Zlatan Ibrahimovich – Adidas X 16.1 

Terdapat pelbagai versi untuk kasut but ini. Perbezaannya terletak kepada bahan yang digunakan untuk membuat but ini.

Walaupun kita semua tahu Ibrahimovich merupakan penyerang, namun sebenarnya Adidas X 16.1 ini adalah kasut yang direka untuk pemain tengah!

Adidas X 16.1 ini merupakan kasut but yang direka untuk kategori chaos dan diperbuat dari kulit.

Robert Lewandowski – 

Kasut but yang dipakai oleh pemain Bayern Munich ini terdapat dalam 2 versi iaitu sintetik atau flyknit.

Ia cuma seberat 210 gram dan memfokuskan untuk pemain yang mahukan kelincahan di dalam padang.

Cristiano Ronaldo – Nike Mercurial Superfly CR7

Cristiano Ronaldo sudah lama menjadi watak utama kepada model Mercurial lagi. Beliau sudah memakainya sejak dari hari-hari beliau di Sporting Lisbon lagi.

Walaupun ia terdapat persamaan dari segi bahan untuk membuatnya serta kategorinya sebagai kasut but serangan, namun ia berbeza dari segi corak rekaan pada kasut but tersebut.

Jika pada Nike Mercurial Superfly yang dipakai oleh Alexis Sanchez berwarna hitam serta ada warna biru dan neon, tetapi di Nike Mercurial Superfly CR7, ia berwarna hitam dan neon serta mempunyai tapak berwarna putih.

Dan semestinya, ia mempunyai tulisan CR7 di tepi kasut butnya.

Olivier Giroud – Puma evoPower 1.3

Penyerang Arsenal ini menggunakan kasut but rekaan Puma iaitu Puma evoPower 1.3 .

Kasut but yang direka untuk memberikan lebih kuasa ketika merembat bola direka dengan menggunakan bahan sintetik sebagai bahan utama rekaan.

Sama seperti kasut but Adidas X 16.1, Puma evoPower 1.3 sebenarnya direka untuk pemain tengah. Tetapi pemain seperti Aritz Aduriz dan Gianluigi Buffon juga memakai kasut but ini.

Roberto Firmino – Adidas ACE 16 PureControl

Kasut but yang dipakai oleh pemain Liverpool ini terdapat dalam 2 versi iaitu sintetik atau primeknit.

Ia direka khas untuk pemain yang mahu mendapatkan kawalan terbaik di dalam padang.

Neymar – Nike Mercurial Vapor XI

Bagi bintang Barcelona ini, Neymar memilih untuk memakai Nike Mercurial Vapor XI yang berwarna hitam serta terdapat corak bergaris warna biru dan neon.

Kasut but yang dibuat dari sintetik ini direka khas untuk pemain yang menggunakan kelajuan sebagai tunjang utama permainan mereka.

Selain itu juga, Neymar juga mempunyai kasut but yang didekasikan khas untuk dirinya iaitu Nike Hypervenom Phantom II Neymar x Jordan.

Gonzalo Higuain – Nike Hypervenom Phinnish

Gonzalo Higuain memilih untuk menyarung Nike Hypervenom Phinnish yang diperbuat dari sintetik.

Dikhaskan untuk pemain yang mahu menfokuskan kelincahan ketika beraksi, kasut but ini hanya seberat 198 gram sahaja.

Kasut but ini juga digunakan oleh Wanye Rooney dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Lionel Messi – Adidas Messi 16.1

Seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi juga mempunyai koleksi kasut but yang didedikasikan untuk beliau.

Messi memakai kasut but Adidas Messi 16.1 yang diperbuat dari sintetik.

Kasut but ini direka untuk kelajuan. Dari segi coraknya, ia meletakkan garis 3 Adidas berwarna hitam yang merupakan trademark Adidas.

Selain itu, terdapat juga logo ‘Messi’ disebelah dalam kasut but ini.

Al-Ikhsan di Queensbay Mall kini telah dilancarkan semula!

Khas kepada orang-orang Pulau Pinang, ayuh berkunjung di Al-Ikhsan di Queensbay Mall yang dibuka semula pada 17 Disember 2016!

Anda boleh dapatkan kasut-kasut bola ini di butik Al-Ikhsan Queensbay Mall. Jumpa di sana!

Baca juga: 7 Tugas Pengadil Keempat Yang Perlu Anda Tahu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN