7 Tugas Pengadil Keempat Yang Perlu Anda Tahu

Jika dilihat pada mata kasar, tugas sebagai pengadil keempat tampak mudah dan relaks sahaja.

Namun sebenarnya tidak, terdapat juga beberapa tugas yang perlu dilakukan oleh seorang pengadil keempat.

Oleh itu, kami ceritakan serba sedikit mengenai tugas pengadil keempat.

Pengganti pengadil

Pengadil keempat akan bertindak sebagai pengganti kepada pengadil perlawanan atau penjaga garisan sekirannya pengadil perlawanan atau penjaga garisan mengalami kecederaan ketika mengadili perlawanan.

Sebagai contoh, jika pengadil perlawanan mengalami kecederaan maka pengadil keempat akan menggantikan tempat pengadil perlawanan tersebut.

Namun, sekiranya pembantu pengadil senior yang menggantikan pengadil perlawanan. Maka, pengadil keempat akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pembantu pengadil senior tersebut.

Nadi kepada kumpulan pengadil

Pengadil keempat merupakan kunci dan individu paling penting bagi kumpulan pengadil untuk satu-satu perlawanan.

Menurut peraturan, pengadil keempat perlu memastikan urus tadbir sebelum, semasa dan selepas perlawanan berlangsung dalam keadaan yang baik.

Sebagai contoh, pengadil perlu menghadiri mesyuarat bersama pegawai koordinator perlawanan sebelum perlawanan berlangsung.

Beliau kemudiannya perlu memberitahu kepada pengadil perlawanan dan penjaga garisan apakah intipati mesyuarat bersama pegawai koodinator tersebut.

Penjaga kawasan teknikal

Zon utama seorang pengadil keempat adalah berdekatan dengan kawasan teknikal dan sekitarnya.

Ketika perlawanan, pengadil keempat mempunyai kuasa terhadap kawasan teknikal kedua-dua pasukan.

Beliau perlu memastikan pengurus atau jurulatih serta pemain simpanan tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang permainan bola sepak.

Jika ada pegawai pasukan yang berkelakuan tidak elok di kawasan teknikal, pengadil keempat boleh memberitahu kepada pengadil perlawanan untuk mengarahkan pegawai pasukan tersebut ke tempat duduk penonton.

Selain itu juga, pengadil keempat menjadi penghubung antara pengadil dengan pegawai stadium, pasukan dan juga pegawai koordinator perlawanan.

Penjaga masa

Selain itu, pengadil keempat perlu sentiasa berhubung dengan pengadil perlawanan diatas padang terutamanya dalam urusan mengenai masa kecederaan.

Selepas mendapat pengesahan pengadil perlawanan, pengadil keempat perlulah memberitahu tahu kepada seluruh stadium berapakah tambahan masa untuk masa kecederaan dengan mengangkat papan nombor elektronik.

Pemudah cara untuk proses pertukaran pemain

Pengadil keempat juga akan berkerjasama dengan pengadil perlawanan dari sudut pertukaran pemain.

Beliau akan memastikan proses pertukaran pemain dilakukan pada waktu dan situasi yang sesuai serta memastikan proses pertukaran pemain dijalankan dengan lancar.

Pengadil keempat juga perlu memastikan pemain yang hendak masuk ke padang telah siap diperiksa dahulu. Perkara ini perlu dilakukan supaya pemain tidak melanggar apa-apa peraturan dari segi hal pakaian dan alatan.

Jika pemain tersebut melanggar peraturan, beliau perlu memberitahu pengadil perlawanan di atas padang.

Mata kedua kepada pengadil perlawanan

Pengadil perlawanan sama seperti kita semua iaitu manusia yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Jika kita melihat insiden kekasaran dalam perlawanan bola sepak, kadang kala kita pasti akan mempersoalkan keputusan pengadil kerana tidak memberikan foul terhadap situasi itu.

Pada kita yang melihat di kaca TV, mungkin ia adalah foul kerana kita melihat dari sudut lain. Tetapi pada sudut pengadil perlawanan di tempat beliau berdiri, barangkali tidak foul.

Dari situlah khidmat pengadil keempat diperlukan disamping penjaga garisan.

Pengadil keempat juga bertindak sebagai pemerhati perlawanan dan mengesan jika terdapat insiden yang terlepas dari pandangan pengadil perlawanan dan juga penjaga garisan.

Beliau akan memberikan peringatan kepada pengadil perlawanan supaya tidak memberikan amaran kepada pemain yang salah ataupun tidak melayangkan kad merah kepada pemain yang sudah menerima 2 kad kuning.

Pengadil perlawanan juga dibekalkan dengan klip rakaman untuk memudahkan rujukan dilakukan sekiranya terdapat insiden kontroversi berlaku.

Sebagai contoh, insiden kad merah Zinedine Zidane pada perlawanan akhir Piala Dunia 2006 adalah hasil pengesanan pengadil keempat.

Luis Medina Cantalejo yang merupakan pengadil keempat ketika perlawanan akhir itu, telah mengesan Zidane yang menanduk dada Marco Materrazi.

Cantalejo terus memberitahu pengadil perlawanan, Horacio Elinzondo terhadap insiden tersebut lalu melayangkan kad merah kepada Zidane.

Pengurus Perancis ketika itu iaitu Raymond Domenech cukup berang dengan tindakan Cantalejo. Baginya, Cantalejo telah menggunakan klip rakaman untuk mengesan insiden tersebut kerana ketika itu penggunaan klip rakaman adalah menyalahi undang-undang FIFA.

Namun begitu, FIFA menolak dakwaan tersebut sambil mengatakan tindakan Cantalejo itu tepat.

Kerja selepas perlawanan

Tugas pengadil keempat tidak berakhir selepas perlawanan tamat. Namun mereka masih ada tugas yang perlu diselesaikan.

Pengadil keempat bertanggungjawab untuk menulis laporan mengenai perlawanan tersebut kepada pihak yang sepatutnya.

Dalam laporan tersebut, beliau perlu nyatakan kesilapan dan insiden yang terlepas dari penglihatan pengadil perlawanan dan penjaga garisan.

Beliau juga bertanggungjawab untuk menasihati pengadil dan penjaga garisan di atas apa yang terjadi dalam perlawanan tersebut.

Laporan tersebut haruslah disahkan oleh pengadil dan penjaga garisan yang terlibat.

Kesimpulan

Hakikatnya, tidaklah mudah untuk menjadi seorang pengadil keempat dalam satu perlawanan.

Dalam perlawanan mungkin sumbangan beliau tampak kecil. Namun pengadil keempat ternyata merupakan nadi kepada kumpulan pengadil ketika sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

Baca juga: Pembantu Pengadil Ini ‘Diberikan Kad Merah’ Oleh Dewan Parlimen Scotland

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN