Petaling Jaya Rangers, Daripada Projek ‘Syok Sendiri’ Kepada Definisi Kelab Bola Sepak Sebenar

Pihak Air Asia sebelum ini memiliki kelab yang digelar Air Asia All-Stars. Namun ia tidak memenuhi syarat yang sepatutnya.

Kini, pengerusi Air Asia All-Stars iaitu Datuk Tony Fernandes mengesahkan mereka melakukan penjenamaan semula kelab tersebut.

Syarat asas yang kami maksudkan bukanlah merujuk kepada kesalahan dari segi teknikal seperti melanggar syarat pendaftaran atau sebagainya.

Tetapi ia adalah syarat yang seperti kontrak sosial tak bertulis. Di mana sebuah pasukan bola sepak hendaklah ada penyokong ataupun fan base yang kuat untuk menyokong mereka.

Jadi langkah Tony Fernandes untuk menjenamakan semula produk Air Asia All-Stars kepada Petaling Jaya Rangers dilihat sebagai satu langkah besar kepada pasukan ini.

Kenapa Petaling Jaya Rangers?

Berdasarkan nama, kami yakin ia adalah kerana Tony Fernandes sinonim dengan Queens Park Rangers. Jadi istilah Rangers itu dikekalkan.

Seterusnya, dalam satu kenyataan media, mereka mengesahkan akan bermain di Stadium Petaling Jaya pada musim 2017. Jadi, kenapa tidak menjadikan kelab tersebut sebagai kelab komuniti masyarakat di sekitar Petaling Jaya.

Sebelum ini Air Asia All-Stars menggunakan Stadium Shah Alam dan Tony Fernandez juga menyatakan buat masa ini agak sukar untuk membina rumah (home) di Sepang yangs sinonim dengan mereka.

Dengan penggunaan Stadium Petaling Jaya, apa salahnya mereka mulai membina rumah di sana. Petaling Jaya Rangers mahu meniru model pasukan bola sepak di England yang berasaskan komuniti.

Pada 2010, kawasan Petaling Jaya dikategorikan sebagai bandar yang memiliki populasi penduduk dalam kategori 500,000-1,000,000 penduduk.

Kami yakin pada hari ini, populasi di Petaling Jaya sudah menghampiri angka sejuta ataupun lebih dari sejuta dengan perkembangan pesat urbanisasi di sekitarnya.

Tony Fernandes merasakan ia idea menukar nama kepada Petaling Jaya Rangers dalah lebih realistik berbanding dengan kekal dengan nama Air Asia All Stars yang tidak mungkin akan mendapat sokongan orang sana.

Dalam erti kata lain, mereka ‘membawa’ kelab bola sepak ini untuk dihadiahkan kepada penduduk di Petaling Jaya.

Pengalaman memiliki kelab seperti QPR juga menjadi asas penting kepada idea ini. Ia juga menunjukkan kapabaliti dan kapasiti yang dimiliki oleh jentera Tony Fernandes.

Kesedaran Penyokong

Walaupun kita tahu, di Malaysia, kecenderungan penyokong untuk menyokong kelab-kelab yang berteraskan komuniti agak rendah. Sebelum ini kita ada kelab seperti Kuala Muda Naza dan MPPJ sendiri.

Hanya dalam final Piala Malaysia, baru dilihat penuh stadium dengan alasan ia adalah kelab dari negeri. Jadi, sentimen sokongan lebih kepada dasar kenegerian.

Diharap perspektif ini akan berubah selepas ini. Penyokong haruslah lebih terbuka untuk menyokong kelab kelab yang mewakili komuniti mereka.

Ia penting untuk survival kelab dan membantu meningkatkan lagi kemajuan kelab dalam segenap aspek. Ini kerana kelab beroleh pendapatan menerusi kutipan tiket pada hari perlawanan ataupun menerusi penjualan cendera mata.

Kejayaan kelab yang menggunakan nama komuniti seperti ini boleh menjadi kebanggaan penduduk di sekitar Petaling Jaya sekiranya mereka mencapai kejayaan.

Peranan Kelab

Namun, kita tidak boleh menyalahkan penyokong 100%. Pasukan ataupun kelab bola sepak itu sendiri juga haruslah lebih giat mendekati penyokong di sekitar mereka.

Ada banyak kelab di luar sana yang tidak menekankan aspek untuk meraih lebih banyak sokongan. Bertuahnya pasukan negeri di bawah FA kerana semangat kenegerian membolehkan mereka ada penyokong.

Langkah seperti meningkatkan publisiti daripada penjualan cendera mata termasuk jersi dan sebangainya dengan membuka kedai rasmi kelab.

Seterusnya, pergiatkan lagi aktiviti berbentuk komuniti dan sosial dengan penyokong-penyokog setra masyarakat di sekitar.

Kami yakin, Petaling Jaya Rangers ada team yang kuat untuk isu isu publisiti dan juga hal ehwal yang berkaitan dengan komuniti dan sosial.

Aspirasi

Sebelum ini, Air Asia FC (sebelum dijenamakan semula) telah melantik Mat Zan Mat Aris sebagai ketua jurulatih mereka. Cita-cita mereka jelas, untuk bersaing dalam liga Super pada tahun-tahun akan datang.

sumber gambar : Bharian

Mat Zan Mat Aris ada CV yang cemerlang bersama dengan Melaka United. Petaling Jaya Rangers sudah mengesahkan ramai muka baru yang berpengalaman di dalam liga tertinggi di negara kita.

Dari segi pengurusan, pasukan ini sudah ada model yang stabil. Mereka juga akan memperkasa kerjasama dengan kelab Queens Park Rangers. Antara projek yang akan dibangunkan adalah akademi yang berteraskan model di QPR.

Ini akan memberikan banyak manfaat kepada pemain muda terutama sekali di sekitar Petaling Jaya. Bola sepak adalah sukan yang memberikan pedapatan puluhan ribu ringgit pada hari ini.

Jadi, tidak ada sebab untuk penduduk di sekitar Petaling Jaya tidak menyokong idea seperti ini. Latar belakang kelab ini memang boleh dikatakan ada visi dan misi yang jelas dengan model yang stabil.

Semoga Berjaya PJR!

Kami di semuanyaBOLA sentiasa menyokong usaha untuk mewujudkan kelab yang lebih jelas hala tuju dari segi skop fan base. Ia akan memberikan situasi menang menang.

Kami juga berharap agar penduduk di sekitar Petaling Jaya menyokong kelab Petaling Jaya Rangers. Diharap ia akan menjadi asas kepada legasi sebuah kelab yang hebat di masa akan datang.

Baca juga : Hulu Langat FC: Kelab Bola Sepak Yang Ingin Menjadi Kebanggaan Warga Hulu Langat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN