Chelsea kekal mendahului EPL selepas kemenangan 1-3 ke atas Manchester City di Etihad. Dalam analisis taktikal kali ini, saya menekankan beberapa isu penting.
Permulaan
Manchester City memulakan perlawanan dengan 3-4-3. Ia lebih kepada biasan (mirroring) kepada formasi Antonio Conte.
Conte mengekalkan 3-4-3 dengan melakukan pertukaran teknikal. Memasukkan Fabregas menggantikan Matic yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini.
Manchester City Efektif Dari Arah Kanan
Dalam perlawanan ini, pemain yang paling teruk ditekan adalah Marcos Alonso. Beliau ditekan sejak awal oleh unit serangan City.
Walapun banyak serangan digerakkan dari kiri, namun dari segi ancaman, serangan dari kanan adalah lebih baik. Lihat laporan ciptaan peluang oleh Manchester City dalam perlawanan ini.
Perlindungan dan sokongan yang lemah daripada Fabregas juga menjadi sebab kenapa Alonso kelihatan teruk. Ia jelas mempengaruhi aksi beliau secara mental dan banyak kali dia hilang fokus.
Eden Hazard memang diarahkan untuk kekal di blok tinggi supaya memudahkan serangan balas. Jadi dalam model ini, kita lihat di sebelah pertahanan kanan Chelsea.
Victor Moses jelas diberikan perlindungan lebih baik oleh N’golo Kante. Di bawah ini adalah sedikit penerangan bagaiamana posisi De Bruyne dan Navas yang disokong Gundongan memberikan konflik kepada Alonso.
Tugas asas dia sudah pastilah untuk mengekang Navas. Namun De Bruyne banyak berlegar di zon yang hampir sama dengan Navas.
Dalam kes di atas, ia tugas Fabregas untuk memberikan perlindungan di half-space
Corak Serangan City
Dalam perlawanan ini, Pep Guardiola jelas mengarahakan 2 bek sayap beliau untuk bermain terlalu advance. Ia juga antara sebab mereka sukar untuk membendung asakan serangan balas.
Navas dan Sane kerap menjadi elemen yang membentuk serangan bertiga atau berempat dengan Silva dan De Bruyne yang bebas untuk turun naik.
Di bawah ini adalah corak formasi mereka dalam 3-1-3-3 dengan Silva beroperasi di zon 14.
Ini antara contoh mereka menggunakan bek sayap mereka sebagai pemain di garisan paling tinggi dan menarik De Bruyne dan Silva ke belakang ataupun lapisan kedua.
Taktikal ini memang tipikal Pep Guardioala-isme. Serangan yang berani. Namun kualiti mereka ketika track back dan pace Chelsea untuk mengatasi garisan tinggi mereka adalah musuh utama Manchester City.
Taktikal ini secara keseluruhannya sangat mengancam dan tajam. Cuma terjemahan City untuk gol serta isu pertahanan yang membuatkan taktikal ini tidak berhak mendapat kredit lebih.
Conte 5-4-1, 2 Counter Attack 2 Gol
Pada separuh masa pertama Chelsea menjadikan chain of 5 sebagai taktikal sekunder ketika bertahan. Mereka membentuk 5-3-2 dalam fasa tersebut.
Wake up call terbesar mereka adalah, corak serangan City yang berkali-kali menembusi kawasan Alonso dan juga kesukaran mereka menghentikan aliran (flow) bola di blok tengah.
Conte tidak perlu mengambil risiko terlalu besar untuk melepaskan gol kedua. Beliau memilih untuk menggunakan 5-4-1 sebagai formasi utama pada separuh masa kedua.
Formasi ini lebih menyerap (absorbent) di blok rendah dan cuba memecahkan blok rendah City dengan hantaran panjang yang membunuh (killer long passes).
Alasan kenapa Cesc Fabregas masih kekal di padang adalah kerana Conte perlukan hantaran panjang berkualiti daripada beliau. Kante jelas bukan pilihan yang baik untuk tugas itu.
Conte memilih untuk kekalkan Fabregas dan memperbaiki isu perlindungan kepada pertahanan. Jadi 5-4-1 adalah pilihan. Back 5 Chelsea sudah ada peranan lebih statik dalam bertahan dan tahu siapa yang harus dikawal.
Ia adalah zonal marking berasaskan pemain. Ia bukan tight man to man marking kerana, tight man to man marking merujuk kepada pemain akan mengawal pemain tertentu.
Zonal marking ini merujuk kepada kawalan kepada pemain yang bermain di posisi tertentu. Misalnya Moses, mengawal sesiapa sahaja yang bermain di peranan bek sayap kiri City.
Chelsea mendapat gol penyamaan melalui Diego Costa yang menerima hantaran Fabregas. Ia adalah kualiti hantaran yang tinggi dan juga kawalan bola Costa yang sangat baik.
Di bawah ini adalah laporan hantaran Chelsea. 3 assist mereka dihasilkan dari kawasan sendiri.
Pep Guardiola tidak mahu pasukannya mengalah dengan ancaman yang beliau rasakan hanya hadir menerusi bola tinggi, Gol kedua Chelsea adalah kerana Costa yang turun ke titik bawah (drop deep).
Biasanya ramai no.9 akan terus berlari ke atas untuk meminta bola. Lihat gambaran analisis taktikal di bawah ini.
Willian terus berlari untuk mencipta opsyen kepada Costa.
Dalam keadaan di bawah, keputusan dari Willian sangat penting.
Gol ketiga juga menerusi serangan balas segera seperti gol kedua. Eden Hazard bijak mencipta ruang untuk menerima hantaran vertikal dari Marcos Alonso.
2 pemain yang beraksi di bawah iaitu Fabregas dan Alonso menutup aksi hambar mereka dengan wow. Masing-masing mencipta bantuan gol.
2 serangan balas, 2 gol, 3-1 , game over!
Penilaian
Manchester City harus menyalahkan diri sendiri kerana ‘membazir’, gagal menyempurnakan banyak peluang terhidang terutama sekali Kun Aguero. Mereka sangat kreatif tetapi tumpul di depan gol.
Aguero menutup hari suram beliau dengan bentesan ke atas Luiz yang menyebab dia dilayangkan kad merah. Pertukaran pemain oleh Pep Guardiola juga terlalu berisiko.
Beliau menambah pemain serangan untuk menguatkan ancaman secara numerical. Namun beliau menarik modal perlaburan dari pertahanan. Mereka sangat rapuh bertahan di garisan tinggi.
Chelsea sekali lagi mengubah keputusan dengan perubahan taktikal seperti mana yang mereka lakukan minggu lalu. Keputusan ini adalah isyarat mereka adalah pencabar kejuaraan sebenar.
Namun begitu kedua-dua pasukan ada isu dengan kesilapan pertahanan yang agak banyak dan juga isu hantaran lemah (misplace passes).
Ia kemenangan yang besar (big win) untuk menang di gelanggang lawan seperti Manchester City. Pace dan kualiti hantatan ketika serangan balas adalah elemen penting kemenangan mereka.
Pemain Terbaik
Thibaut Courtois (Chelsea)
Secara peribadi saya meletakkan 3 calon utama. Courtois, Hazard dan Costa. Namun saya mengambil kira isu beberapa aksi menyelamat Courtois yang menghalang City mendapatkan gol kedua adalah titik perbezaan penting.
Statistik
Baca juga : 10 Soundtrack FIFA & PES Yang Pasti Akan Menggamit Memori Anda