Ramai yang menggambarkan pemain bola sepak dengan kehidupan mewah, kereta besar dan rumah besar. Namun peratusan mereka yang hidup susah sebagai pemain bola sepak jauh lebih ramai.
Kajian FIFPro
Satu hasil kaji selidik oleh Kesatuan Pemain Bola Sepak Profesional atau FIFPro mendapati terlalu ramai pemain bola sepak di seluruh dunia yang bergaji rendah, bayaran lewat, dibuli dan ugutan.
Kajian itu dilakukan oleh FIFPro dengan kerjasama Universiti Manchester. Ia dijalankan di sekitar Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Afrika.
Hasil kajian, 60% peratus daripada 14,000 pemain yang ditemuramah secara rawak di 54 negara adalah mereka berpendapatan kurang daripada $2,000 atau kira-kira RM8,900.00 sebulan.
Setiap 4 daripada 10 berhadapan dengan masalah gaji lewat.
FIFPro Kecewa!
Setiausaha Agung FIFPRo, Theo Van Saggelen berkata :
“Kami kecewa dan seakan-akan tidak boleh menerima hakikat ada kelab yang tidak menghormati kontrak yang telah dipersetujui dan ada yang tidak membayar gaji langsung.”
“Ia sesuatu yang memalukan apabila kita tahu realiti seperti ini masih berlaku pada hari ini.”
“Bukan semua pemain bola sepak yang ada 3 kereta dengan warna yang berbeza. Realiti industri bola sepak kita adalah berbeza daripada apa yang kebanyakan peminat fikir.”
Ada beberapa kesatuan pemain daripada liga kaya seperti England dan Sepanyol tidak menghantar laporan kaji selidik yang lengkap.
Isu Gaji Pemain
Hasil kaji selidik tersebut menyatakan hanya 40.3% pemain mendapat gaji lebih daripada $2,000 setiap bulan. 14.5% lagi berpendapatan di antara $ 1,000 sehingga $ 2,000.
Manakala 24.6% peratus pula berpendapatan sekitar $300 sehingga $ 1,000. Akhir sekali 20.6% peratus memperoleh pendapatan bulanan $300 atau kurang.
47% daripada pemain-pemain ini berhadapan dengan gaji dibayar lewat. Angka ini agak besar di beberapa negara seperti Malta (79%), Turki (75%), Romania (74%) dan Gabon yang palinng teruk dengan 96% daripada pemain mereka lewat dibayar gaji.
Van Seggelen berkata :
“Peraturan semasa FIFA tentang kelewatan pembayaran gaji perlu dikaji. Peraturan sedia ada hanya membenarkan pemain mengadu ke badan induk itu hanya selepas gaji lewat 3 bulan.”
“Ia mengambil sehingga 2 tahun untuk satu kes diselesaikan”
“Kami mahu FIFA bertegas terhadap kelab yang tidak membayar gaji dengan memberikan tempoh hanya satu bulan, dan pemain boleh terus membuat aduan.”
“Ia bertujuan untuk memastikan pemain sentiasa dibayar sepenuhnya pada tarikh yang telah dipersetujui. Ia adalah melibatkan isu hak asasi setiap pekerja.”
Jaminan Pekerjaan Dan Keselamatan
Isu jaminan kerja juga menjadi antara masalah yang masih banyak berlaku. Rata-rata pemain hanya mendapat kontrak sekitar 22 bulan daripada majikan mereka. Paling sadis adalah 8% daripada mereka tidak memiliki kontrak!
“Sebahagian besar mereka meraih gaji yang sederhana, mempunyai kerjaya jangka pendek, isu keselamatan yang longgar dan menghadapi masa depan yang tidak menentu apabila kerjaya mereka berakhir kelak.”
Kurang 10% daripada pemain berkata pernah mengalami keganasan fizikal di luar padang, sama ada daripada peminat, rakan sepasukan ataupun pengurusan kelab.
16% lagi berkata, pernah menerima ugutan. Scotland dan Itali adalah antara tempat yang agak panas kerana ugutan daripada peminat.
6% daripada pemain yang dikaji selidik mengakui pernah dibuli oleh kelab dan kerana kelab sudah tidak mahukan khidmat mereka.
FIFPro berharap isu-isu yang mereka senaraikan di atas akan dipandang serius oleh FIFA. Ini untuk menjamin karier yang lebih pemain-pemain bola sepak.
Baca juga :Statistik Menunjukkan Brazil Merupakan Negara Paling Banyak Eksport Bakat Ke Eropah