Quantcast
Statistik Menunjukkan Brazil Merupakan Negara Paling Banyak Eksport Bakat Ke Eropah


KAJIAN & FAKTA

Statistik Menunjukkan Brazil Merupakan Negara Paling Banyak Eksport Bakat Ke Eropah

Tuesday, 29 Nov 2016

Kita semua tahu negara seperti dari Amerika Selatan seperti Brazil dan Argetina tidak pernah habis dengan bakat-bakat berkualiti dalam bola sepak.

Mereka seperti sudah menjadi ‘pembekal’ tetap kepada liga-liga utama Eropah seperti di England, Sepanyol dan Jerman.

Brazil paling ramai

Hasil daripada kajian daripada Football Observatory menunjukkan Brazil merupakan negara yang paling ramai dalam mengeksport para pemain mereka ke liga-liga di Eropah.

Brazil mengeksport 469 bakat mereka ke Eropah dengan 114 daripada bermain di 5 liga terbaik di Eropah dan baki 355 lagi bermain di liga lain di Eropah.


Pemain seperti Roberto Firmino, Neymar, Dani Alves, Thiago Silva dan Douglas Costa antara merupakan nama-nama pemain Brazil yang pernah beraksi di Premier League, La Liga, Serie A, Ligue 1 dan Bundesliga.

beim-fc-barcelona-gab-pep-guardiola-vier-jahre-lang-daniel-alves-anweisungen-

Walaupun begitu Brazil merupakan negara paling banyak mengeksport pemain ke liga-liga di Eropah, Perancis merupakan negara pengeksport yang menyaksikan bakat mereka bermain di 5 liga utama di Eropah paling ramai.

Mereka mendahului Brazil dengan 116 bakat. Pemain seperti Dimitri Payet, Jeremy Mathieu, Frank Ribery, Patrice Evra dan Jeremy Menez antara pemain Perancis yang beraksi di 5 liga utama di Eropah.

Selain daripada itu Sepanyol, Argentina dan Serbia merupakan 3 lagi negara yang paling ramai mengeksport bakat-bakat mereka ke liga-liga serata Eropah dengan masing-masing mengeksport 201, 189 dan 168 pemain.


Setelah mengkaji semula statisitik ini, kami agak terkejut melihat jumlah eksport yang dibuat oleh Serbia. Kerana Serbia mengeksport pemain lebih banyak berbanding negara-negara seperti Jerman (149 pemain), Belanda (134 pemain) dan England (105).

Hanya 2 negara dari Asia

Hasil dari statisitik yang dikeluarkan ini menyaksikan lebih dari 50 buat negara berjaya memasuki senarai statistik ini.

Namun begitu hanya 2 sahaja negara dari benua Asia berjaya memasuki senarai ini.

Australia berjaya berada di tangga ke 36 berkongsi tempat bersama-sama Amerika Syarikat dan Finland.


Australia mengeksport 6 pemain ke 5 liga utama Eropah sementara 27 ke liga-liga lain di Eropah menjadikan jumlahnya adalah 33.

Jepun pula di tangga 41 berkongsi tempat bersama-sama Hungary dan juga Ireland.

Mereka mengeksport 15 pemain ke 5 liga utama Eropah dan 12 pemain lagi bermain di serata Eropah menjadikan jumlahnya 27 pemain.

Kami sediakan senarai penuh untuk rujukan anda.

hahaha

Baca juga: 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Rujukan

  1. Football Observatory
Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Statistik Menunjukkan Brazil Merupakan Negara Paling Banyak Eksport Bakat Ke Eropah



Berita Bola Yang Menarik