Indonesia Temui Pengganti Jordi Amat Sebelum Bertemu Filipina

Indonesia dilaporkan tidak memiliki sebarang masalah walaupun mereka sah kehilangan khidmat pertahanan kental, Jordi Amat sebelum aksi terakhir Kumpulan F bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Sang Garuda kini dilaporkan hanya memerlukan satu kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan diri mereka ke pusingan seterusnya serta meraih slot automatik ke saingan Piala Asia 2027.

Walaupun melalui momentum terbaik ketika menewaskan Vietnam sebanyak dua kali berturut-turut, rekod positif itu telah pun dipadam oleh Iraq beberapa hari lalu.

Pada aksi itu, Indonesia telah pun ditewaskan oleh Iraq menerusi keputusan 0-2 ketika aksi berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno dengan Jordi terpaksa meninggalkan perlawanan tersebut lebih awal.

Ini kerana bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dilayangkan kad merah dan menyaksikan skuad kendalian Shin Tae-yong terpaksa bermain dengan 10 orang pemain sahaja berbanding lawan.

Melihat kepada aksi akan datang, timbul persoalan siapa pengganti terbaik untuk mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Jordi bagi menghadapi Filipina yang dianggap turut bakal tampil bersama skuad terkuat mereka.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh CNN Indonesia, pasukan itu dikatakan tidak menghadapi sebarang masalah bagi mendapatkan pengganti Jordi kerana mereka masih mempunyai seorang lagi pemain berkualiti.

Bintang dimaksudkan itu ialah seorang lagi pemain warisan baharu mereka yang kini sedang melalui momentum positif dalam karier iaitu Jay Idzes.

Pada aksi lalu, Jay langsung tidak dibawa turun Shin bagi berdepan Iraq dengan pemain tersebut sekadar berada di bangku simpanan memerhatikan rakan sepasukan lain beraksi.

Pertahanan Venezia itu dianggap sedang berada dalam prestasi memuncak serta tiada isu kecederaan atau kecergasan langsung kini untuk dibawa turun dalam kesebelasan utama.

Rekod lalu menyaksikan Idzes sudah pun mempamerkan kualiti permainan sangat menyakinkan ketika Indonesia berdepan Vietnam sebanyak dua kali di posisi pertahanan utama.

Malah, Idzes juga turut meledak satu jaringan ketika Sang Garuda berdepan cabaran Vietnam di gelanggang lawan selain mengelak daripada dibocori sebarang gol.

Gandingan Idzes bersama Rizky Ridho serta Justin Hubner kini menjadi sesuatu yang ditagih oleh para penyokong untuk memastikan kubu pertahanan Indonesia sesekali tidak akan dibocori sebarang gol.

Malah, ketiga pemain tersebut sudah pun membuktikannya serta mencipta persefahaman cukup baik selaku benteng pertahanan utama Indonsesia kini di pentas antarabangsa.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN