Kenapa Aguero Dianggap Mampu Perkukuhkan Lagi Jentera Serangan Malaysia?

Penyerang naturalisasi Malaysia, Sergio Aguero dijangka bakal menjadi pertaruhan penting buat skuad kebangsaan bagi mengharungi aksi terakhir Kumpulan D bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bertemu Taiwan.

Pasukan kebangsaan kini boleh dikatakan berada dalam keadaan cukup getir, kerana mereka mempunyai misi yang dianggap mustahil buat sesetengah pihak untuk cuba melayakkan di ke pusingan seterusnya.

Apa tidaknya, Malaysia telah pun melepaskan peluang terbaik mereka pada awalnya ketika bertemu Kyrgyzstan selepas mereka hanya mampu mencipta keputusan seri 1-1 di gelanggang lawan.

Kedudukan Kumpulan D kini menyaksikan Malaysia tiada jalan lain dengan hanya kemenangan besar diperlukan ketika berdepan Taiwan akan datang untuk melayakkan diri mereka pusingan selanjutnya.

Melihat kepada ketumpulan di posisi serangan, Kim Pan-gon membuat keputusan bersama kejurulatihan untuk memanggil penyerang naturalisasi dari Argentina iaitu Aguero.

Nama Aguero sebenarnya bukan lagi suatu yang asing dalam dunia bola sepak negara, apabila dirinya telah pun memberi sumbangan besar pada aksi-aksi lalu.

Pada awalnya, nama tonggak Sri Pahang ini hanya diletakkan pada senarai menunggu sebelum akhirnya Kim membuat keputusan untuk memanggil beliau bagi menghadapi Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Untuk rekod, Aguero boleh dianggap sebagai aset terbaik buat Malaysia pada malam ini selepas kualiti serta kelebihan dimiliki beliau untuk menghidupkan lagi jentera serangan Harimau Malaya.

Daripada segi kelebihan, Aguero bukan sahaja mampu memainkan peranan selaku penyerang utama, tetapi berkebolehan beraksi di pelbagai posisi serangan mengikut situasi.

Aguero juga mampu membawa tanggungjawab selaku perancang utama buat skuad kebangsaan menerusi kualiti hantaran serta kreativiti beliau memulakan segala punca serangan.

Daripada segi statistik, Aguero sebenarnya boleh dianggap sebagai salah seorang pemain warisan terbaik pernah dimiliki selepas beliau sudah membuktikannya pada musim lalu untuk Sri Pahang.

Musim lalu menyaksikan Aguero telah meledak lima gol bersama enam bantuan jaringan daripada 19 penampilan buat Sri Pahang serta beraksi di enam posisi bawah kendalian Fandi Ahmad.

Selain itu, Aguero juga sebenarnya telah pun beraksi sebanyak 10 kali buat pasukan kebangsaan dan telah merekodkan dua jaringan di pentas antarabangsa bersama kualiti permainan cukup menyakinkan.

Suka untuk kami di Semuanya BOLA menyaksikan apakah percaturan Kim buat Aguero pada malam ini dengan posisi keutamaan dijangka terarah selaku pemain tengah menyerang atau penyerang kedua.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN