Adakah ‘Senjata Rahsia’ Kim Pan-gon Bakal Dipertaruhkan Bertemu Taiwan?

Pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon nampaknya masih lagi belum mahu menyerah daripada persaingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan D selepas beliau mahu berhabis-habisan pada aksi bertemu Taiwan.

Atas kertas, skuad kebangsaan dilihat sukar untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya walaupun masih lagi memiliki peluang untuk mengiringi Oman selaku wakil dari Kumpulan D.

Apa tidaknya, pasukan kebangsaan telah pun melepaskan peluang terbaik mereka pada awalnya ketika bertemu Kyrgyzstan selepas mereka hanya mampu mencipta keputusan seri 1-1 di gelanggang lawan.

Kedudukan Kumpulan D kini menyaksikan Malaysia tiada jalan lain dengan hanya kemenangan besar diperlukan ketika berdepan Taiwan akan datang untuk melayakkan diri mereka pusingan selanjutnya.

Jika dilihat pada aksi bertemu Kyrgyzstan lalu, Kim sebenarnya telah pun menggunakan barisan serangan terbaik dimiliki beliau ketika itu dalam usaha untuk menghasilkan lebih banyak gol.

Namun, disiplin pertahanan lawan dianggap sukar untuk diatasi para pemain negara walaupun ada perubahan telah dilakukan pada penghujung babak separuh masa kedua.

Melihat kepada aksi akan datang, dijangka Kim mungkin bakal membuat sedikit rombakan kecil dalam usaha untuk memperbaharui sisi ketajaman pasukan Malaysia.

Jika aksi lalu menyaksikan nama Engku Nur Shakir, Zhafri Yahya bersama Nurshamie Iszuan tidak dibawa turun beraksi menentang cabaran Kyrgyzstan, mungkin kali ini ianya akan berlaku.

Setakat ini, hanya Engku Shakir dan Zhafri sahaja yang masih belum membuat penampilan sulung buat Harimau Malaya, setelah peluang itu sudah diberikan kepada Azri Ghani, Safwan Mazlan, serta Adib Ra’op.

Malah, nama pemain tengah serangan Terengganu itu langsung tidak disenaraikan pada aksi berdepan Kyrgyzstan, dan ia menimbulkan persoalan jika beliau bakal menjadi percaturan penting Kim bagi perlawanan menentang Taiwan.

Sudah tentu ramai mengharapkan supaya kualiti Engku Shakir yang sebelum ini menyerlah untuk Terengganu dapat diterjemahkan pada aksi akan datang demi memberi impak terbaharu buat Harimau Malaya.

Kualiti pemain Sang Penyu ini daripada segi kualiti hantaran serta ketajaman di hadapan gawang gol pastinya amat ditagih untuk memberi lebih banyak peluang kepada Malaysia mendapatkan jaringan.

Memiliki keupayaan seakan sama seperti Stuart Wilkin, mungkin sudah tiba masanya untuk Kim cuba menggunakan kudrat Engku Shakir pula sekurangnya di separuh masa pertama atau kedua bagi menguji keupayaannya di pentas antarabangsa.

Begitu juga dengan keupayaan dimiliki Zhafri daripada segi kualiti penyudah serta kelincahan beliau di posisi sayap mampu untuk memberi kekuatan tambahan buat serangan negara.

Akhir sekali, sudah tentu tumpuan ingin diberikan kepada pemain naturalisasi Harimau Malaya yang dipanggil iaitu Sergio Aguero dengan penglibatannya mampu menjadi kekuatan tambahan buat Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN