Safee Sali Saran Malaysia Jadikan Taktikal Nelo Vingada Sebagai Rujukan

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali tampil dengan idea sangat menarik apabila beliau menyarankan supaya Harimau Malaya menggunakan taktikal tanpa penyerang seperti pernah dilakukan oleh bekas pengendali, Nelo Vingada pada tahun 2017.

Kenyataan itu dikongsikan sendiri oleh wartawan Astro Arena di media sosial X dengan beliau berkongsikan pendapat telah diluahkan oleh Safee mengenai percaturan taktikal Malaysia.

“Main tanpa striker macam Nelo Vingada buat pada 2017 dengan formasi 4-6-0, bekas penyerang negara Safee Sali percaya KPG ada taktik lebih baik jumpa Kyrgyzstan,” ulas kenyataan tersebut.

Skuad kendalian Kim Pan-gon kini boleh dianggap tampil dengan serba tempang terutama sekali apabila ia membabitkan isu jentera serangan mereka untuk mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Untuk panggilan kali ini, nama pemain seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Romel Morales, Syafiq Ahmad, serta Darren Lok terpaksa digugurkan kerana isu kecederaan dihadapi.

Ini menyaksikan hanya Haqimi Azim Rosli seorang sahaja penyerang tulen dimiliki negara selain pemain naturalisasi dari Brazil iaitu Paulo Josue boleh beraksi di posisi berkenaan.

Pemain seperti Zhafri Yahya dan Engku Nur Shakir pula dianggap masih mentah di pentas antarabangsa bersama Harimau Malaya selain Nurshamie Iszuan kurang menyakinkan dalam kalangan peminat.

Situasi itu menyaksikan keadaan Malaysia berada dalam tekanan, apatah lagi mereka perlu memburu dua kemenangan bagi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya bagi mendapatkan slot di pentas Piala Asia 2027.

Nama Nelo Vingada bukan lagi suatu yang asing dalam kalangan peminat bola sepak apabila beliau pernah mengendalikan pasukan kebangsaan pada musim 2017.

Tampil dengan gelaran ‘The Professor’, sentuhan pengendali itu dianggap serba tidak menjadi sehingga mengundang kritikan para peminat Malaysia ketika itu sebelum beliau direhatkan pada penghujung tahun.

Kemasukan bekas pengendali Kedah Darul Aman (Kedah), Tan Cheng Hoe ketika itu berjaya menaikkan seketika pasukan kebangsaan di persada antarabangsa bersama taktikal lebih menghiburkan.

Kini, tiba giliran Kim Pan-gon pula selaku jurulatih utama Harimau Malaya dan sentuhannya kini dianggap sangat positif menerusi beberapa siri kejayaan negara di pentas antarabangsa.

Cuma ketika ini, jurulatih dari Korea Selatan itu mempunyai tugas sangat sukar untuk memastikan kemenangan dapat diraih pasukan negara serta melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN