Engku Shakir Akui Terkejut ‘Dilamar’ Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya

Pemain serangan sensasi Terengganu, Engku Muhammad Nur Shakir mengakui terkejut selepas nama beliau terpilih untuk menyertai kem latihan kebangsaan bagi mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Engku Shakir menjadi antara muka baharu telah dipilih jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kali ini untuk menyertai sesi latihan bersama pasukan kebangsaan.

Tampil dengan prestasi cukup memberansangkan sejak musim lalu bersama Sang Penyu, maka tidak hairan mengapa nama pemain berusia 25 tahun itu terpilih buat pertama kali dalam karier.

Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner, anak jati Terengganu ini telah pun diberi peluang beraksi sebanyak 22 perlawanan secara keseluruhan di saingan domestik serta menghasilkan enam gol bersama tujuh bantuan jaringan.

Malah, Engku Shakir turut aktif di pentas AFC apabila beliau menyumbang satu gol bersama satu bantuan jaringan daripada lima penampilan secara keseluruhan.

Melihat pada prestasi beliau pada musim lalu, tidak salah buat Kim untuk cuba menggunakan khidmat beliau serta menilai sendiri kesesuaian pemain itu buat Harimau Malaya.

Malah Engku Shakir sendiri jelas terkejut akan panggilan tersebut dan memasang tekad untuk terus mendapatkan tempat bersama pasukan kebangsaan.

“Nak cakap terkejut itu ada sebab. Ini adalah panggilan pertama saya ke kem latihan kebangsaan. Kita tahu terdapat banyak pemain bagus tetapi saya terpilih jadi saya rasa bersyukur.

“Banyak juga kawan dalam pasukan beri nasihat, bagi semangat dan pesan supaya jangan malu-malu. Mereka juga pesan kepada saya untuk buat apa yang saya mampu dan bagi 100% untuk diri sendiri.

“Saya mahu berada dalam skuad kebangsaan dan saya akan bagi yang terbaik, apa yang jurulatih mahukan saya akan bagi 100 peratus.

“Saya datang sini bukan untuk latihan semata-mata, niat saya datang sini memang nak mengikut pasukan kebangsaan ke Kyrgyzstan,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Melihat kepada situasi semasa pasukan kebangsaan yang kehilangan ramai pemain serangan pada panggilan kali ini, peluang untuk Engku Shakir kekal bersama Malaysia cerah, apatah lagi kelebihan dirinya mampu beraksi di segenap posisi.

“Posisi kegemaran bagi saya bahagian serangan, tetapi jika jurulatih mahu letak dimana-mana posisi pun saya akan bersedia dan akan buat yang terbaik.

“Setakat hari pertama latihan masih lagi okay, cuma latihannya berintensiti tinggi kerana baharu hari pertama,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN