Haqimi Azim Berpeluang Cipta Sensasi Di Pentas Antarabangsa Bersama Harimau Malaya

Penyerang muda negara, Haqimi Azim Rosli kini boleh dianggap sebagai tumpuan utama kerana hanya beliau dilihat sangat layak untuk mengisi posisi utama selaku penyerang kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 nanti.

Terdahulu, kem Harimau Malaya sah kehilangan dua penyerang sejati iaitu Darren Lok bersama Syafiq Ahmad apabila masing-masing mengalami kecederaan dan terpaksa diketepikan.

Malah penyerang naturalisasi, Romel Morales juga terpaksa diketepikan lebih awal kerana mengalami kecederaan dan dikatakan berlaku ketika mengharungi aksi pramusim bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) di Sepanyol.

Melihat kepada situasi tersebut kini, hanya Haqimi Azim dilihat mempunyai kesesuaian terbaik untuk mengisi kekosongan di posisi utama serangan pasukan kebangsaan kini.

Pada usia 21 tahun, Haqimi sebenarnya sudah pun mempunyai peluang cukup cerah untuk menjadi salah satu tonggak utama buat skuad senior Malaysia jika dibandingkan rakan sepasukan lain.

Apa tidaknya, beliau sudah pun memberi satu aksi cukup positif ketika bersama Kim Pan-gon buat pertama kali dalam saingan Piala AFF pada tahun 2022 apabila bintang KL City itu meledak gol sulung sewaktu menentang Laos selain turut mencipta bantuan jaringan.

Walaupun selepas itu beliau lebih banyak beraksi untuk skuad pembangunan Harimau Malaya, nama Haqimi masih lagi antara terpilih untuk mengikuti sesi latihan pasukan senior kebangsaan.

Malah, momentum pemain itu sendiri boleh dikatakan berada sangat cemerlang selepas kejayaan dirinya mencipta nama selaku peledak gol tunggal buat Malaysia dalam saingan Piala Asia bawah 23 (B-23) lalu di Qatar.

Bagi persaingan Liga Super musim ini, Haqimi sudah pun diberi peluang beraksi sebanyak dua perlawanan dan berjaya mencipta satu bantuan jaringan ketika mereka tewas kepada JDT menerusi keputusan 1-5.

Secara keseluruhan, Haqimi antara bakat negara yang sangat penting untuk dibangunkan selaku pelapis baharu di posisi penyerang selepas beliau dilihat memiliki pakej serba lengkap.

Aspek kawalan bola Haqimi antara yang sangat menarik untuk diperkatakan, selain beliau memiliki kekuatan fizikal serta sangat tenang untuk menyudahkan setiap peluang terhidang di hadapan pintu gol.

Aksi dalam siri Kelayakan Piala Dunia 2026 ini sebenarnya merupakan batu loncatan buat anak muda ini untuk terus menyakinkan Kim mengapa jurulatih itu wajar memilih beliau lagi pada aksi-aksi akan datang.

Selain Haqimi, seorang lagi pemain kebangsaan yang dianggap boleh beraksi selaku penyerang utama pada dua aksi Kelayakan ini terarah kepada tonggak naturalisasi dari Brazil, Paulo Josue.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN