‘MU & Harimau Malaya Bersaudara’ – Giliran FAM Pula Kini Ditaja Malaysia Airlines

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah pun mengumumkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) selaku penaja utama mereka serta turut membabitkan skuad Harimau Malaya.

Ianya diumumkan sendiri melalui laman rasmi FAM dengan menyatakan tempoh tajaan tersebut telah berlangsung sejak Januari lalu sehingga Disember 2026.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan FAM.

“Majlis pengumuman berkenaan telah dilangsungkan di Hotel Sama-Sama, KLIA Sepang, pada Isnin, 27 Mei 2024. Perjanjian penajaan sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan FAM itu adalah bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2024 hingga Disember 2026.

“Dokumen perjanjian penajaan FAM bersama MAB itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman dan Ketua Pegawai Komersial Penerbangan MAB, Dersenish Aresandiran, disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAB, Ahmad Luqman Mohd Azmi,” jelas kenyataan itu.

Pada masa sama, Presiden FAM iaitu Datuk Haji Hamidin Mohd Amin juga turut gembira dengan jalinan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada MAB.

“Jalinan kerjasama di antara FAM dan MAB bukan sahaja mencerminkan kesetiaan tetapi ia turut menunjukkan dedikasi serta komitmen mereka (MAB) terhadap arena bola sepak negara.

“Ia juga memberi mesej penting kepada penyokong-penyokong skuad kebangsaan di luar sana bahawa FAM bukan sahaja mampu memberikan nilai tambah kepada barisan penaja-penajanya malah dapat memberi impak yang positif terhadap sektor ekonomi negara.

“Saya percaya dengan kehadiran MAB sebagai penaja utama FAM dan skuad bola sepak kebangsaan, pelbagai kejayaan akan dapat digapai bersama. Terima kasih sekali lagi kepada MAB dan semoga jalinan kerjasama ini akan memacu dua organisasi ini ke arah kecemerlangan,” kata Hamidin.

Selain itu, pihak MAB sendiri berbesar hati dan bangga kerana dapat memberi khidmat khususnya buat bola sepak kebangsaan selain sokongan buat FAM sendiri.

“Sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, kami amat berbesar hati dapat meneruskan kesinambungan usaha dan tanggungjawab kami dalam membawa bendera Malaysia ke arena antarabangsa selain menyokong pembangunan sukan dalam negara.

“Kami amat berbangga kerana dapat terus menyalurkan khidmat kami kepada skuad bola sepak kebangsaan sekali gus memberi sokongan berterusan kepada pihak FAM melalui kerjasama yang tertera di bawah penajaan yang telah masuk tahun keenam secara berturut-turut dan berbesar hati untuk meneruskan kerjasama ini untuk tiga tahun lagi sehingga penghujung tahun 2026,” kata Ahmad Luqman selaku CEO MAB.

MAS Jalin Kerjasama Global Terbaharu Bersama Manchester United

Untuk rekod, kelab gergasi di England iaitu Manchester United juga merupakan rakan strategik kepada Malaysia Airlines dan menjadikan ianya selaku penerbangan komersial buat pasukan tersebut pada tahun ini.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN