Sekumpulan penyokong Charlton Athletic telah terbang ke Belgium untuk meraikan harijadi pemilik kelab mereka di St Truiden Belgium. Ia perjalanan kira-kira 600 batu jauhnya.
Ia sebenarnya lebih kepada perosak majlis harijadi Roland Duchatelet.
Ketika Duchatelet dan keluarga beliau sedang menikmati sarapan di sebuah restoran, kumpulan penyokong ini memulakan kejutan mereka dengan nyanyian selamat hari jadi.
Mereka kemudian membentangkan sepanduk “Roland & Katrien, Masa Untuk Pergi”.
Ia diikuti dengan pengedaran beribu risalah tentang ‘dosa’ Roland kepada Charlton Athletic.
Ia agak mengejutkan orang ramai yang lalu lalang di situ. Roland kelihatan tergamam dengan kejutan tersebut.
Kempen Roland Out dan anti Katrie Meire (gambar) ini telah berlaku sejak 2014 lagi selepas beberapa keputusan kontroversi mereka dalam pengurusan kelab.
Pada 2014, Roland mengambil alih Charton Athletic. Katrien Meire terus memecat Chris Powell yang merupakan jurulatih kegemaran penyokong di sini.
Powell membantu Charlton naik ke Liga Championship dari League One sebelum itu. Lebih perit selepas naik ke Liga Championship, Charlton tersingkir ke League One sekali lagi untuk musim 2016/17.
Meire berkata ia sebahagian daripada cita-cita besar kelab untuk melantik pengurus yang lebih berkaliber untuk menaikkan Charlton.
Peminat tidak berpuas hati dengan cara pemilik dan pengurusan tertinggi menguruskan kelab sejak era Duchatelet. Terlalu kerap bertukar-tukar pengurus, mengganggu tugasan pengurus dan tiada hala tuju.
Mereka menganggap era Duchatelet sebagai era kehancuran dan penipuan dengan cita-cita kosong.
Penubuhan CARD
Pada Januari 2016, beberapa kumpulan penyokong yang termasuk Anti Roland Demo, Spell It Out, dan Voice of The Valley, Charlton Life, dan banyak lagi telah membentuk CARD (Coalition Against Roland Duchatelet).
Mereka melancarkan protes bertujuan memaksa Roland Duchatelet dan Katrien Meire keluar dari kelab tersebut.
CARD telah menganjurkan pelbagai bantahan, termasuk sepanduk, boikot ke atas katering dan barangan rasmi kelab, perarakan simbolik pengebumian berkabung (mock) tanda kehilangan kematian jiwa kelab tersebut.
Mereka mulai melakukan tunjuk perasaan selepas perlawanan, membaling bola pantai ataupun bola street soccer ke dalam padang untuk mengganggu perlawanan.
Lebih menyakitkan hati apabila peminat tahu akan kebocoran maklumat menyatakan Katrien Meire telah mengarahkan beberapa pemain bersatu dengan pengurusan.
Peminat mulai mengesyaki beberapa jaringan sendiri sengaja dilakukan oleh pemain sebagai tindak balas kepada protes penyokong dan mungkin ia dibayar oleh Katrien.
Dalam perlawanan menentang Coventry pada Oktober lalu, ribuan patung khinzir dibaling ke dalam padang.
Dalam perlawanan tersebut juga penyokong Conventry yang turut dalam protes besar-besaran ke atas pengurusan tertinggi kelab mereka telah menyokong kempen CARD. Ia agak jarang berlaku!
Kami Bukan CARD!
Bebalik ke cerita harijadi Duchatelet, kumpulan yang datang ke majlis hari jadi Roland ini menafikan mereka adalah CARD. Menurut seorang wakil protes:
“Kami bukan dari CARD. Kami hanyalah sekumpulan penyokong biasa Charlton Athletic yang selama ini terlalu terluka di bandar kami kerana Roland.”
“Hari ini kami mahu membawa kelukaan kami ke tempat kelahiran beliau.”
“Kami mahu mengedarkan 5,000 risalah di tempat ini (tempat kelahiran Roland) untuk memberitahu seberapa ramai orang di sini betapa teruknya dan gagalnya Roland di sana (England).”
“Kami membelanjakan duit kami sendiri untuk datang ke sini, untuk memberitahu orang di St. Truiden, rakan-rakan Roland tahu apa yang dia telah lakukan kepada kami. Mereka berhak tahu.”
“Setiap rumah dan bar di sini harus tahu hakikat ini.”
“Dan sempena minggu hari jadi Roland, kita tidaklah terlalu kurang ajar untuk tidak mengucapkan selamat hari jadi dan menyanyi untuk beliau.”
“Walaupun sambutan hari jadi agak ringkas. Tapi kami sanggup datang ke sini dan munculkan diri sehingga sanggup menemankan dia makan tengah sempena hari lahirnya.”
“Selepas ini kami akan balik dan beterusan menyebarkan mesej ini di bandar kami.”
Baca juga : 5 Cabaran ‘Maha Susah’ Yang Patut Anda Cuba Di Football Manager 2017