5 Gol Terbaik Yang Pernah Dijaringkan Pemain Malaysia Di Piala AFF

Pasukan negara mungkin hanya pernah sekali sahaja mendakap kejuaran Piala AFF ketika edisi 2010.

Namun begitu, pasukan negara tidak pernah lekang dari menjaringkan gol yang cantik serta gol yang memberikan seribu makna kepada rakyat Malaysia sepanjang kejohanan ini diwujudkan.

Sempena Piala AFF 2016 yang akan berlangsung, kami mengorek semula arkib-arkib lama mencari gol-gol cantik dan bermakna yang pernah dijaringkan para pemain negara di kejohanan ini tanpa mengikut urutan masa.

Safiq Rahim v  Thailand (2014)

Gol cantik ini terhasil ketika Malaysia memerlukan satu lagi gol untuk kembali menguasai semula perlawanan akhir kejohanan ini pada 2014.

Malaysia memperoleh sepakan percuma di depan pintu gol Thailand. Dan ini ternyata ini adalah zon kegemaran Safiq Rahim.

Safiq mengambil sepakan tersebut dan bola itu menerjah jaring menewaskan Kawin Thamsatchanan untuk memberikan kelebihan sementara buat pasukan negara.

Namun gol itu tidak dapat menghalang pasukan Thailand untuk tetap menjuarai Piala AFF pada tahun 2014.

Langkau ke minit 1.18 untuk melihat gol menarik Safiq ini:

Safee Sali v Indonesia (2010)

Edisi 2010 merupakan edisi yang menyaksikan 2 musuh tradisi, Malaysia dan Indonesia kerap bertemu.

Bertemu di perlawanan akhir, pasukan negara pasti mahu membalas dendam selepas tewas 5-1 dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan di tangan Indonesia.

Malaysia berjaya mendahului 2-0 hasil jaringan Safee Sali dan Ashari Shamsudin. Namun gol cantik dari Safee untuk gol ketiga Malaysia memang tak dapat dilupakan.

Hasil hantaran lintang awal (early cross) Mahali Jasuli ke dalam kotak penalti Indonesia. Safee melonjak tinggi untuk melakukan tandukan tajam untuk menghantar bola ke dalam gol dan ia hanya mampu dilihat sahaja oleh penjaga gol Indonesia ketika itu – Markus Horrison.

Hardi Jaafar v Singapura (2007)

Barangkali, ini adalah gol yang paling cantik pernah dijaringkan pemain Malaysia di kejohanan Piala AFF!

Ketika perlawanan menentang Singapura di Shah Alam, Hardi Jaafar telah menewaskan Leonel Lewis di pintu gol dengan gol yang tak masuk akal!

Selepas melakukan hantaran ke dalam, Hardi menerima semula bola dari rakan sepasukan dan terus melakukan percubaan terus dari tepi padang.

Bola itu memerangkap Lewis yang berada di luar posisinya dan menerjah jaring gol Singapura serta menggegarkan Stadium Shah Alam dengan sorakan girang penyokong Malaysia!

Indra Putra Mahyuddin v Singapura (2014)

Lagi gol menentang Singapura dalam pilihan kami. Kali ini dari Indra Putra Mahyuddin!

Gol kali ini cukup signifikan buat pasukan negara kerana berjaya mematikan perjuangan Singapura di kejohanan Piala AFF edisi 2014.

Perkara ini terjadi apabila semua pemain Singapura termasuk penjaga gol Hassan Sunny naik ke atas untuk cuba menjaringkan gol.

Namun usaha mereka gagal lalu diserang balas oleh pasukan negara. Indra menerima bola dari tandukan rakan sepasukan melakukan larian deras sebelum menolak bola ke dalam pintu gol dengan cukup lembut sentuhannya ke dalam gawang Singapura yang kosong.

Safee Sali v Indonesia (2010)

Jika tadi gol menarik Safee dijaringkan di Kuala Lumpur. Kali ini di Gelora Bung Karno, Jakarta pula!

Dalam aksi perlawanan akhir kedua. Malaysia yang selesa dengan bekalan 3-0 hasil kemenangan di Kuala Lumpur ditekan hebat oleh Indonesia yang dahagakan gol.

Namun hasil satu kesilapan pemain Indonesia yang tersilap menghantar bola kepada Ashari Shamsudin. Ashari kemudiannya melakukan satu hantaran mencari Safee.

Safee yang diapit 2 pertahanan Indonesia melepaskan rembatan padu kaki kiri menerjah jaring gol Indonesia.

Gol Safee ini cukup signifikan untuk pasukan negara dan seluruh rakyat Malaysia. Hal ini kerana gol Safee ini memenangkan Piala AFF yang pertama untuk Malaysia!

Jadi, inilah 5 gol terbaik yang pernah dijaringkan pemain Malaysia di Piala AFF Suzuki. Gol mana yang menjadi kegemaran anda?

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Previu Laluan Malaysia Dalam Kumpulan B Piala AFF 2016, Aspirasi, Ekspektasi Dan Cabaran

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN