Kenapa Kelab Dari Wales Suka Bermain Di Liga Inggeris?

Antara soalan agak popular bagi peminat liga Inggeris di dunia. Persoalannya kenapa? Adakah Wales mempunyai liga sendiri?

Latar Belakang

Sebelum ini, kelab yang berada di Wales bermain dalam saingan liga Inggeris. Ini termasuklah Cardiff, Swansea, Newport, Wrexham, Colwyn Bay dan Merthyr Tydfil. Pada 1992, barulah Liga Perdana Wales diasaskan.

Kelab-kelab Wales ini dijemput menyertai liga tersebut, tetapi ada yang menolak sebagaimana disebutkan pada awal tadi.

Ini mungkin kerana publisiti dan kuasa komersial yang rendah berbanding dengan Liga Inggeris.

Hanya beberapa kelab sahaja yang menerima jemputan itu iaitu Bangor City, Barry Town, Caernarfon Town, Newtown dan Rhyl.

Bagaimana Piala FA Wales?

faw

Kelab yang bermain di liga Inggeris sebenarnya dibenarkan menyertai Piala FA Wales. Tetapi, mulai 1996, FA Wales tidak lagi membenarkan kelab dari Liga Inggeris bermain di kejohanan itu.

Lucunya, setahun selepas itu, pada 1997 kemudian organisasi itu pula mewujudkan FAW Premier Cup untuk kelab Wales yang bermain di liga Inggeris.

Wrexham memegang rekod menjadi juara 5 kali. Diikuti oleh Swansea 2 kali. FAW Premier Cup akhirnya dimansuhkan pada 2008.

Urusan pentadbiran pula bagaimana?

Segala urusan pentadbiran pertandingan kelab Wales di EPL dan EFL diuruskan oleh FA Inggeris. Ini termasuk hal ehwal penggantungan pemain.

Manakala kelab-kelab Wales yang bermain di divisyen bawah (seperti English National League) diuruskan oleh FA Wales.

Mengelirukan?

swans

Ya, penyertaan kelab Wales dalam sistem liga Inggeris memang memberi sedikit kekeliruan. Bak kata peribahasa, seperti ribut dalam cawan.

Anda masih ingat ketika Swansea City menewaskan Bradford City semasa Piala Liga 2013? Ya, Swansea membelasah Bantams dengan 5-0.

Pada waktu itu, perdebatan timbul adakah Swansea diberikan peluang atau tidak untuk bermain dalam Liga Europa 2013-14? Ini kerana Swansea berasal dari Wales, bukan England.

Akhirnya, UEFA memutuskan untuk membenarkan kelab Wales yang bermain di England untuk bersaing dalam kejohanan anjurannya jika layak secara merit(melalui kedudukan liga atau memenangi Piala FA atau Piala Liga).

Mengelirukan 2.0?

Perubahan nama Football League kepada English Football League telah menimbulkan kegusaran penyokong beberapa kelab Wales.

Mereka menganggap meletakkan perkataan ‘English’ di hadapan Football League merupakan penghinaan. Kita semua tahu sentimen orang Welsh dengan Inggeris.

Rumusan

Oleh itu, rasanya lebih baik jika kelab Wales ini berpindah ke liga Wales dan menaikkan martabatnya. Sebenarnya lagi mudah untuk mereka ke kejohanan Eropah. Barangkali liga Wales akan semeriah liga Scotland.

Mungkin South Wales Derby antara Cardiff dengan Swansea akan menjadi derbi terkemuka dunia. Siapa tahu?

Baca juga : Ketua Scout Hoffenheim Kesan Bakat Roberto Firmino Dari Football Manager

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN