1. LiveScore
Boleh didapati di: iOS dan Android
Ini adalah app pertama yang mesti ada dalam telefon peminat bola sepak. Dan tujuan utamanya adalah untuk melihat keputusan terkini perlawanan bola sepak seluruh dunia.
Sama ada anda mahu melihat keputusan terkini Liga Perdana Inggeris atau Divisyen Kedua Belarus, semuanya ada dalam app ini.
Sayangnya servis LiveScore masih belum meliputi liga bola sepak di Malaysia.
Selain keputusan terkini, LiveScore juga menyediakan formasi, kemaskini kad kuning, kad merah, kesalahan (fouls) dan nama penjaring (beserta pembantu jaringan).
Selain bola sepak, LiveScore juga memberikan keputusan terkini kepada sukan hoki, bola keranjang, tenis dan kriket.
UI (user interface) LiveScore masih boleh diperbaiki lagi. Tetapi bagi sebuah app yang percuma, LiveScore sudah cukup bagus dalam tugasnya.
2. FotMob
Boleh didapati di: iOS dan Android
Jika LiveScore adalah kereta 2013 Scion FR-S, FotMob pula adalah Porsche Cayman.
Seperti LiveScore, FotMob juga memberikan keputusan perlawanan terkini, tetapi UI FotMob jauh lebih cantik dan mesra pengguna.
Tidak seperti LiveScore yang hanya memberi komentar teks kepada beberapa perlawanan besar sahaja, FotMob juga memberikan komentar teks kepada hampir 500 perlawanan setiap minggu.
Berita-berita terkini bola sepak juga boleh didapati melalui app ini. Malah anda boleh mengetahui senarai kesebelasan utama pasukan, rekod pertemuan dan statistik selepas perlawanan.
Selain itu, FotMob juga membolehkan anda menetapkan pasukan kegemaran anda sendiri.
Jadi setiap kali perlawanan melibatkan pasukan kegemaran anda bermula, tamat dan mempunyai gol, FotMob akan menghantar notifikasi kepada anda.
Seperti LiveScore, servis FotMob juga tidak meliputi liga bola sepak Malaysia. App ini juga masih belum mampu menyediakan jadual siaran langsung perlawanan di Astro.
Mungkin app developer tempatan boleh mengambil kesempatan ini untuk memenuhi kehendak majoriti peminat bola sepak Malaysia.
3. Forza Soccer (Percuma, iOS, Android)
Boleh didapati di: iOS dan Android
Seperti LiveScore dan FotMob, Forza juga melakukan perkara sama:
- menghantar notifikasi
- membekalkan berita dan data statistik perlawanan secara ringkas.
Cuma app ini lebih popular di kalangan peminat bola sepak Malaysia kerana kebolehannya membuat liputan keputusan Liga Super.
Bagaimanapun Forza masih belum mampu membuat liputan keputusan Liga Perdana dan Liga FAM.
Keunikan Forza terletak kepada kebolehannya untuk menyediakan platform untuk peminat bola sepak menyuarakan pendapat mereka.
Sebagai pengguna, anda boleh memilih pemain terbaik perlawanan, meramal juara liga dan penjaring terbanyak semusim.
Malah anda juga boleh menilai prestasi kerja pengurus pasukan, pengerusi kelab dan keseluruhan pasukan!
4. Fantasy Football Manager (FPL)
Boleh didapati di: Android sahaja
Ini app yang wajib anda muat turun jika anda bermain Fantasy Premier League.
Daripada membayar RM7.40 untuk app yang rasmi, sekumpulan app developer dari India membangunkan app ini sebagai alternatif yang percuma kepada anda.
App ini membantu anda melakukan segala-galanya untuk pasukan Fantasy Premier League anda dari telefon pintar. Malah berdasarkan reviu di Play Store, persembahan app ini dikatakan lebih baik daripada app rasmi yang berbayar.
5. FourFourTwo Stats Zone
Boleh didapati di: iOS dan Android
Jika anda lebih berminat untuk mengetahui kadar peratusan hantaran berjaya yang dilakukan oleh Marco Veratti daripada keputusan perlawanan PSG, app ini adalah untuk anda.
Seperti LiveScore, Forza dan FotMob, app ini juga memberikan maklumat keputusan terkini perlawanan di liga dan kejohanan utama Eropah. Tetapi ia memberikan data statistik yang lebih terperinci.
6. Player Card (Percuma, Google Chrome extension)
Boleh didapati di: Chrome Web Store
Okay. Kami tahu ini bukan app untuk telefon pintar. Ia merupakan plugin tambahan untuk desktop browser anda.
Tetapi kami masukkan Player Card dalam senarai ini kerana ia memudahkan hidup peminat bola sepak dan sangat cool.
Sebaik sahaja anda install Player Card, anda hanya perlu menghalakan pointer mouse anda kepada nama pemain bola sepak dan ia akan memberikan maklumat pemain tersebut daripada Wikipedia.
Ini bermakna, dengan Player Card, anda tak perlu membuat carian manual di Wikipedia untuk mendapatkan info pemain.
Player Card akan highlight setiap nama pemain yang muncul di Google Chrome dan maklumat pemain tersebut akan terpampang sebaik sahaja anda menghalakan pointer mouse kepada nama pemain.
Player Card boleh dimuat turun di sini.
Contoh:
7. Inikan Bola
Berbeza dengan 5 apps (dan 1 browser extension) di atas, Inikan Bola adalah sebuah app yang menggabungkan berita, jadual perlawanan dan kuiz trivia bola sepak dalam satu platform.
Berita terkini
Jadual perlawanan
Kuiz trivia
Apa yang lebih menarik adalah bermula 15 November 2016, app Inikan Bola bakal memperkenalkan kuiz #BolaVaganza. Selain itu anda juga boleh mencuba kuiz Adakah Anda Tahu dan Trivia Inikan Bola.
Kuiz #BolaVaganza bakal menawarkan banyak hadiah-hadiah mingguan dan keseluruhan yang menarik kepada penjawab kuiz trivia yang hebat.
Kami dah cuba soalan kuiz dalam app ini.
Boleh tahan susah juga soalannya. Tetapi kesusahan inilah yang membuatkan kami sangat ‘ketagih’ dengan app ini! Kalau senang, boringlah!
Anda boleh muat turun app Inikan Bola di sini dan nantikan kuiz #BolaVaganza pda 15 November 2016 ini!
[adrotate banner=”27″]
Baca juga: 5 Permainan Bola Sepak Yang Boleh Anda Main Jika Sudah Bosan Dengan PES & FIFA