35,000 Penyokong Kerala Blasters Akan Memakai Topeng Muka Zidane Malam Ini, Kenapa?

Zinedine Zidane kerapkali dikaitkan dengan pemain tengah yang lengkap dalam sejarah bola sepak dunia. Pemain ini juga memiliki medal Piala Dunia dan Eropah dan deretan anugerah peribadi sepanjang karier beliau.

Di India, penyokong Kerala Blasters merancang untuk memakai topeng Zinedine Zidane sempena satu lagi pertemuan derbi Selatan pada 9.00 malam ini di India.

Adakah ia kerana hari istimewa Zidane seperti hari jadi, ulangtahun kejayaan, hari kelahiran anak beliau ataupun ulangtahun perkahwinan?

Tidak untuk semua di atas!

Sebaliknya kira-kira 35,000 penyokong Blasters memakai topeng Zidane sebagai tanda ‘Selamat Datang’ kepada ketua jurulatih Chennaiyin FC, Marco Materazzi.

Penyokong Kerala Bencikan Materazzi

Ia simbolik kepada insiden Zidane yang menanduk Materazzi sehingga beliau terjatuh semasa Piala Dunia 2006.

zid2

Seorang penyokong Kerala Blasters berkata:

“Ia sebahagian daripada derbi bola sepak, kami mahu dia (Materazzi) panas punggung sepanjang perlawanan ini.”

Permusuhan kedua-dua pasukan semakin panas sejak akhir-akhir ini, lebih lagi selepas kelahiran francais Indian Super Lague di mana Kerala berjaya menewaskan pasukan berbelanja besar Chenayyin pada edisi pertama.

zid5

Sikap Celupar Materazzi Tidak Disenangi

Marco Materazzi menjadi antara jurulatih yang paling dibenci di India kerana keceluparannya dalam mempertikaikan apa sahaja dalam bola sepak India.

Beliau turut membantu Chenayyin menjuarai ISL pada musim lalu. Beliau kerap bising dengan pengadil dan pegawai perlawanan.

Namun yang lebih membuatkan Materazzi dibenci adalah sikapnya yang suka menyerang individu dan peminat lawan lebih teruk daripada pegawai perlawanan.

zid3

Materazzi telah beberapa kali diberi amaran dan turut digantung daripada kawasan teknikal.

Kempen Besar-besaran Sudah Dijalankan

Kempen besar-besaran dilakukan melalui media sosial seperti facebook dan twitter oleh penyokong-penyokong Kerala supaya mereka tidak lupa mendapatkan topeng pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane.

Antara ayat yang popular dalam media sosial penyokong Kerala ialah:

“Rakan-rakan semua, jangan lupa datang ke Stadium Kochi (home Kerala) dengan berbekalkan topeng ini (Zidane).”

zid1

Kempen itu sudah pun sampai ke pengetahuan Materazzi. Seperti biasa, beliau memang suka bergaduh dengan penyokong lawan.

Beliau memberikan respon yang agak cari nahas dengan berkata:

“Adakah mereka menggunakan banyak duit untuk benda tu (membeli topeng)? Kalau saya, lebih baik saya gunakan duit itu untuk membeli makanan.”

Nampaknya suasana derbi di ISL sudah semakin panas. Diharap segalanya berjalan lancar walaupun dalam keadaan panas.

Baca juga :7 Aplikasi Smartphone Yang Wajib Ada Bagi Peminat Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN