5 Cabaran ‘Maha Susah’ Yang Patut Anda Cuba Di Football Manager 2017

Football Manager (FM) 2017 telah tiba dipasaran secara rasmi beberapa hari yang lepas dan ia sudah pun digelarkan sebagai siri FM terbaik yang pernah dihasilkan Sports Interactive.

Hal ini kerana beberapa pembaharuan di bahagian grafik, gameplay, dan penambahan ciri-ciri baharu seperti social media tab telah memberi lebih banyak keseronokan terhadap permainan video ini.

Oleh itu, kami tampilkan kepada anda 5 cabaran yang mungkin susah ya amat untuk anda cuba di FM17!

5. Ayuh Bermula! – Minnesota United (Major League Soccer)

pi-mls-minnesota-united-fc-325

 

Minnesota United adalah sebahagian daripada ahli keluarga baharu dalam siri kelab francais Major League Soccer (MLS).

Apa yang menarik jika anda menguruskan kelab MLS adalah MLS draft. Sama seperti sukan-sukan di Amerika Syarikat yang lain yang menggunakan format draft, pengurus boleh memilih pemain-pemain muda yang berbakat untuk beraksi dalam pasukan mereka dan digilap menjadi pemain termasyhur di dunia.

Selain itu, MLS juga terikat dengan beberapa peraturan-peraturan yang mengelirukan seperti peraturan designated player dan wage cap. Walaupun mengelirukan, ia pasti akan memberikan cabaran yang hebat kepada anda!

Namun begitu, misi utama anda bersama Minnesota United adalah menjuarai MLS di tahun pertama penubuhan kelab mereka.

4. Kembali Ke Jalan Sebenar – Parma (Serie C)

parma-15-16-kits-3

Misi ini cukup popular dan ia masih lagi menjadi antara cabaran yang seronok untuk disertai.

Parma yang satu ketika dahulu adalah pasukan yang dianggotai Gigi Buffon, Lilian Thuram dan Fabio Cannavaro kini dalam misi kembali ke jalan mereka yang sebenar iaitu pulang semula ke Serie A.

Dengan sedikit cabaran dengan polisi perpindahan kelab tidak membenarkan pemain anda membeli pemain bukan berstatus EU dari luar negara. Jadi mungkin anda akan lebih memilih untuk menggunakan bakat-bakat tempatan?

Harus diingat, cabaran utama adalah kembali ke Serie A!

3. Serbia Takluk Eropah – (Partizan dan Serbia)

serbias-forward-aleksandar-mit

Cabaran ini memerlukan anda menjadi pengurus kelab dan negara dalam masa yang sama. Partizan merupakan kilang produk yang sentiasa mengeluarkan pemain berbakat dari negara Serbia.

Sebagai contoh, dalam skuad anda terdapat pemain muda bernama Nemanja Mihajlovic. Jadi terpulang kepada anda bagaimana anda hendak menggilap beliau.

Misi anda bersama Partizan adalah mencipta generasi emas mereka menerusi produk-produk keluaran Partizan sendiri.

Selepas itu, anda perlu menterjemah kehebatan generasi emas Partizan di dalam skuad kebangsaan Serbia. Dengan pemain-pemain hebat seperti Nemanja Matic dan Aleksandar Mitrovic sudah sedia berada di dalam skuad Serbia, jadikan Serbia kuasa besar di Eropah!

2. Aspirasi Paul Scholes (Salford City – Vanarama Conference North Side)

class-of-92

Salford City adalah kelab yang diketuai oleh generasi Class of ’92 dan salah seorang pemilik bersamanya adalah Paul Scholes.

Mereka yang masih lagi bermain dalam bola sepak amatur mempunyai impian untuk beraksi dalam bola sepak profesional satu hari nanti.

“Kami mahu bermain di tahap yang setinggi mungkin, kami berimpian mahu bermain di EFL Championship.”

Hasil dari kata-kata itu sudah jelas ke mana anda harus bawa Salford City selepas ini – beraksi EFL Championship.

1. Wawasan 2021 (Aston Villa – EFL Championship)

screen_shot_2016-05-18_at_19-0

Bagi kami ini adalah cabaran yang maha susah untuk dilakukan, semuanya kerana mereka mempunyai tempoh masa yang perlu dikejar.

Pemilik baharu Aston Villa iaitu Dr. Tony Xia menetapkan sasaran bagi Aston Villa untuk menjadi kuasa besar bola sepak Inggeris dalam masa 5 tahun sahaja!

Ini termasuklah kembali semula ke Premier League, menjuarai Premier League dan menjuarai UEFA Champions League sebelum tahun 2021.

Mereka masih mempunyai skuad yang cukup baik untuk bersaing di EFL Championship namun untuk menjadi kuasa besar Eropah sebaris Real Madrid, Barcelona atau Bayern Munich.

Ia mungkin mengambil sedikit masa dan pastinya memerlukan lebih dari 5 tahun.

Jika anda berjaya melengkapkan cabaran ini dalam sebelum 2021 anda adalah pemain FM yang hebat. Tetapi jika kalah jangan mula balik ya!

Baca juga: Football Manager 2017 Tampil Dengan Ciri Baharu, Brexit Akan Beri Impak Pada Permainan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN