Julian Nagelsmann, Kisah Budak Kaca Menjadi Pengurus Muda Berkarisma

Julian Nagelsmann bukan lagi nama asing untuk peminat bola sepak Eropah. Beliau adalah pengurus muda yang berjaya mencipta sejarah unik dalam bola sepak Jerman dan juga Hoffenheim.

2 perlawanan menentang Bayern Munich semalam dalam Bundesliga musim ini mereka berjaya mencatatkan keputusan seri dan satu kemenangan.

hoff

Dalam perlawanan pertama Hoffenheim hampir menang perlawanan tersebut namun ia gagal dilakar selepas jaringan sendiri oleh Steven Zuber.

TSG Hoffenheim menjadi bualan di seluruh dunia, kerana prestasi awal musim mereka yang sangat baik. Mereka menjadi pasukan terakhir yang mengakhiri rekod perlawanan awal musim tanpa kalah.

hoff1

Semuanya adalah kerana satu watak ‘muda’ di tepi padang yang nampak pendiam dan sekali-sekala memberikan arahan kepada pemain.

Julian Nagelsmann, jurulatih yang terpaksa melupakan karier bola sepak beliau pada usia muda kerana masalah kecederaan.

Walaupun ada yang lebih muda sebelum ini iaitu Berndt Stober yang berusia 24 tahun menguruskan FC Saarbrücken pada musim 1976 namun beliau hanya interim.

Bersara Awal

Ketika dalam skuad muda, Nagelsmann mengalami kecederaan buku lali yang serius ketika bermain untuk pasukan remaja Hoffenheim. Beliau kemudiannya menyertai Augsburg.

Ketika di sana, kecederaan buku lali beliau menjadi lebih serius dan atas nasihat doktor, beliau terpaksa melupakan karier bola sepak.

Nagelsmann tergamam dengan nasib yang menimpanya kerana beliau sangat cintakan bola sepak.

“Saya tidak ada benda lain yang saya sukai lebih daripada bola sepak. Agak sedih kerana saya terpaksa meninggalkan bola sepak pada usia muda.”

Nagelsmann mengesahkan persaraan beliau daripada bola sepak pada usia 20 tahun walaupun beliau menjadi pemain pertahanan berbakat kegemaran Tuchel yang menguruskan Augsburg ketika itu.

Kenapa Tuchel sukakan beliau? Kerana dia sangat bagus membaca perlawanan.

Nagelsmann: “Saya Minat Guardiola Namun Tuchel Lebih Mempengaruhi Karier Saya”

Nagelsmann tidak bersembunyi akan minat beliau ke atas Guardiola. Tidak hairanlah ramai rakan dan pemain-pemain beliau menggelarkan beliau Mr. Perfect kerana sikapnya yang prefectionist ala Guardiola.

hoff5

Namun begitu beliau tetap menyatakan Thomas Tuchel adalah pengaruh terbesar dalam karier kejurulatihan beliau.

Ini kerana, ketika beraksi untuk pasukan remaja Augsburg, Thomas Tuchel sudah menghidu bakat istimewa Nagelsmann.

Percayakah anda? Pada waktu itu juga Tuchel menjadikan Nagelsmann sebagai scouter ‘separuh masa’.

hoff555

Pada musim 2008/09, Nagelsmann mengakui terkejut apabila Tuchel memanggil beliau dan mengarahkannya untuk memantau dan menganalisis data pasukan yang akan ditentang mereka.

Nagelsmann membentangkan data yang dikumpul beliau dan dilaporkan kepada Thomas Tuchel. Hampir tidak ada pemain remaja di Jerman pada usia beliau melakukan tugasan ‘profesional’ itu.

Selepas berjaya membentangkan tugasan pertama, beliau seakan-akan menjadi penganalisis dan penasihat taktikal separuh masa oleh Tuchel.

“Itulah bibit-bibit awal karier kejurulatihan saya. Saya belajar banyak perkara daripada beliau (Tuchel).”

Mengorak Langkah Lebih Besar

Apabila Markus Babbel meninggalkan Hoffenheim pada 2012, kelab tersebut telah melantik Frank Kramer sebagai interim.

Pada ketika itu juga Frank Kramer memanggil Nagelsmann dan menyatakan beliau mahu menjadikan Nagelsmann sebagai pembantu. Respon Nagelsmann adalah:

“Saya hanya tergelak dan anggap ia satu gurauan daripada Frank kerana dia memang suka menyakat saya.”

Namun begitu, beliau seakan akan tidak percaya apabila Kramer memaksudkannya. Beliau teruja dan gementar apabila dilantik menjadi penolong jurulatih paling muda dalam sejarah Bundesliga.

Beliau banyak belajar tentang tekanan dan tanggungjawab sepanjang tempoh tersebut kerana Hoffenheim bertarung dengan penyingkiran.

Tim Wiese ketika itu melabel beliau sebagai ‘Mini Mourinho’ kerana minat dan karakter beliau dalam kejurulatihan.

Kramer dipecat, namun Nagelsmann berjaya mengekalkan jawatan beliau sebagai penolong jurulatih dan berkhidmat kepada 2 lagi pengurus selepas itu, Marco Kurz dan Markus Gisdol.

Dilantik Menjadi Pengurus B-19 Hoffenheim

Selepas berjaya membantu kelab mengelakkan penyingkiran, Nagelsmann dilantik menjadi pengurus skuad B-19 Hoffenheim.

Nagelsmann berjaya membantu skuad muda ini menjadi juara Jerman pada musim 2013/14 dan naib juara pada musim 2015/16.

Dilantik Menjadi Ketua Jurulatih Hoffenheim

Pada Oktober 2015, Hoffenheim mengumumkan bahawa Nagelsmann akan menjadi jurulatih baru mereka untuk musim 2016/17. Ia agak mengejutkan ramai pihak.

Antara orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada beliau adalah mentor beliau iaitu Thomas Tuchel.

hoff55

Tuchel berkata :

“Dia seorang jurulatih muda yang tinggi rasa ingin tahu dan sentiasa bekerja keras,”

“Dia telah menikmati kejayaan yang luar biasa dalam bola sepak remaja. Saya amat gembira untuk dia dan saya percaya akan kebolehan Nagelsmann.”

Taktikal

Dari segi falsafah taktikal, Nagelsmann menyukai high pressing football ala Barcelona, dan banyak jugs mengkaji doktrin tactician seperti Ralf Ragnick, Arsene Wenger dan Unai Emery.

Nagelsmann berpegang kepada prinsip:

“Untuk menjadi jurulatih bola sepak yang berjaya, taktikal hanya 30% manakala 70% lagi adalah kompetensi sosial.”

hoff3

Aksi cemerlang mereka musim ini menarik perhatian. Kerana Hoffenheim rata-rata dibarisi bintang muda dan yang kurang ternama berbanding kelab lain seperti Bayern, BvB dan Leipzig.

Matlamat ke Eropah tercapai!

Kemenangan 1-0 ke atas Eintracht Frankfurt pada 30 April 2017 adalah yang paling bersejarah. Hoffenheim berjaya mendapatkan slot untuk kelayakan UCL buat pertama kalinya dalam sejarah kelab.

Tahukah anda penjaring gol tunggal perlawanan tersebut Benjamin Huebner adalah anak kepada Pengarah Sukan Eintracht Frankfurt.

Nagelsmann dan Hoffenheim kini bercita-cita untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan UCL.

Pemilik kelab tersebut sejak dari 2015, Dietmar Hopp, pemilik syarikat database terkemuka SAP sangat berbangga menjadi sabahagian daripada sejarah gemilang ini.

Mereka tidak pernah ragu akan kemampuan Nagelsmann yang ketika itu masih 28 ketika beliau dilantik menjadi pengurus pasukan utama.

Bak kata orang, memang dah takdir dia lebih kepada seorang pengurus walaupun dia seorang pemain berbakat besar.

Baca juga : Stones Adalah Error-Prone Yang Paling Kritikal Dalam EPL Setakat Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN