Football Manager 2017 Tampil Dengan Ciri Baharu, Brexit Akan Beri Impak Pada Permainan

Siapa di sini minat dengan permainan Football Manager?

Kali ini mereka tampil dengan ciri-ciri baharu yang akan berikan anda pengalaman menguruskan pasukan lebih hebat berbanding siri-siri Football Manager sebelum ini.

Pengalaman perlawanan (match experience)

Football Manager 2017 (FM17) tampil dengan lebih segar dari segi pengalaman hari perlawanan. Kali ini FM17 ditambah dengan animasi para pemain masuk ke padang sebelum perlawanan serta memanaskan badan sebelum perlawanan.

FM17 juga dilengkapi dengan sudut kamera di belakang gol yang baharu iaitu “Behind Goal Low”. Kamera tersebut membolehkan pemain melihat perlawanan dari belakang gol sama seperti penonton yang menonton dari teres tepi stadium.

behindgoal

FM17 juga dilengkapi dengan ciri semburan penyembur (vanishing spary) ketika situasi bola mati dan akan hanya ada satu pemain sahaja yang akan melakukan sepak mula.

1kick

Animasi FM17 kini ditambah dengan 1,500 animasi baharu. Pengadil juga semakin bijak dengan pemain tidak akan dikenakan kad merah mandatori jika melakukan bentesan minit akhir yang menafikan peluang gol.

Media sosial

FM17 kini dilengkapi dengan tab media sosial. Di tab ini, pengurus boleh melihat cerita-cerita terkini yang terhangat di media sosial.

Dari tab tersebut pengurus boleh dapatkan khabar angin terkini mengenai perpindahan, pendapat peribadi pemain yang diluahkan di laman media sosial mereka serta pendapat penyokong mengenai cerita-cerita terkini.

Jika terdapat berita terbaru seperti sebuah kelab sah menandatangani satu-satu pemain, berita tersebut akan muncul di tab media sosial. Ia juga akan disertakan dengan hashtag yang bersesuaian dengan berita.

social

Perpindahan dan kontrak

Jendela perpindahan adalah tempoh yang paling disukai pemain FM. Untuk FM17, pembelian akan menjadi lebih mencabar.

Jika pengurus ingin mendapatkan pemain pada hari terakhir jendela perpindahan, pengurus kini boleh mendapatkan pemain tersebut secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli terus pemain tersebut ketika tempoh pinjaman telah tamat.

Rundingan kontrak juga semakin menarik. Perbualan pra-kontrak kini mempunyai lebih banyak pilihan jika pengurus itu cuba memujuk pemain yang tidak berminat menyertai kelab mereka.

Pengurus boleh memberikan janji kepada pemain tersebut seperti memberikan kenaikan gaji yang tinggi ataupun memberikan pemain tersebut posisi dan tugas yang paling digemarinya.

prematch

Kini di FM17, pengurus juga boleh mengikat kontrak dengan kelab baharu lebih awal. Ini boleh dilakukan ketika musim sedang berlangsung dan pengurus hanya mahu meninggalkan kelab semasanya selepas tamat musim.

Avatar pengurus 

FM17 kini dilengkapi dengan teknologi face-gen yang membolehkan pengurus memuatnaik gambar mereka sendiri ke dalam FM17 untuk dijadikan sebagai wajah avatar pengurus.

facegen

Kini pengurus juga mempunyai lebih banyak pilihan dalam mencorakkan sut dan tali leher mereka mengikut warna kegemaran.

Menariknya, avatar pengurus ini akan menghiasi menu utama FM17.

Brexit

Semua tahu yang United Kingdom akan keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Di dalam FM17, Brexit akan memainkan peranan penting dalam permainan ini.

Jika anda menguruskan pasukan dari England misalnya, jika anda ingin membeli pemain dari negara luar. Pemain tersebut perlu mendapatkan permit kerja walaupun pemain itu dari benua Eropah.

Tetapi andai pemain tersebut sudah pun bermain di England, pemain tersebut tidak perlukan permit kerja. Sebaliknya pemain tersebut akan diberikan taraf “bukan penduduk luar”.

Ini pastinya akan memberikan lebih kesukaran untuk membeli pemain. Kerana tidak setiap masa permit kerja ini mudah didapati.

Laporan scout dan staf baharu

Laporan mengenai pasukan lawan kini lebih terperinci berbanding sebelum ini.

Kali ini, scout akan menyediakan laporan bagaimana pasukan lawan itu bermain. Selain itu, data pemain paling bahaya dalam pasukan tersebut serta pemain lemah dalam pasukan tersebut juga akan disediakan.

Dalam FM17, selain daripada jurulatih, scout serta ahli fisioterapi. Akan ada dua staf baharu iaitu penganalisis data dan pakar sains sukan.

Penganalisis data akan memberikan data kepada pengurus pada sebelum dan selepas perlawanan. Ini akan memberikan maklumat mengenai prestasi pemain yang beraksi.

datanalyst

Selain itu, pakar sains sukan pula akan membantu ahli fisioterapi dengan memberikan cara untuk mengelakkan masalah kecederaan dari sering berlaku.

Taktikal

Untuk FM17, pengurus akan lebih mudah dalam mencipta taktik.

Sebagai contoh, scout akan berikan terus senarai pemain yang sesuai untuk beraksi di satu-satu posisi dan tugas.

taikak

Di bahagian taktikal juga, staf jurulatih akan memberikan nasihat mengenai taktikal yang sesuai untuk digunakan dalam pasukan.

Baca juga: 7 Pemain Yang Ditangkap ‘Kantoi’ Bermain Football Manager

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN