Penjaga Gol Muda Kebangsaan Syukur Ditawarkan Kontrak Bersama Selangor

Penjaga gol muda kebangsaan, Azim Al Amin secara rasminya kini menjadi rekrut terbaharu Selangor untuk saingan musim 2024/2025 selepas ia dilaporkan sendiri melalui media sosial pasukan berkenaan.

Pada usia 23 tahun, Azim juga dengan rasminya turut diserap untuk menyertai skuad senior Selangor untuk bersama-sama Sam Somerville serta Khairulazhan Khalid pada saingan hadapan.

Untuk rekod, Azim telah pun memulakan karier beliau terlebih dahulu bersama Kuala Lumpur City (KL City) sejak tahun 2021 hingga musim lalu sebelum berubah arah menyertai Selangor.

Musim lalu juga menyaksikan Azim menjadi wira buat KL City selepas beliau memastikan pasukan tersebut untuk mara ke pusingan Piala FA selepas tampil cemerlang ketika aksi separuh akhir.

Nama Azim juga terus menjadi sebutan dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan di pentas antarabangsa, ketika beliau mewakili skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) musim lalu dan berkemungkinan menyertai saingan Piala Asia B-23 di Qatar.

Ketika ditanya mengenai perasaan beliau menyertai Selangor, Azim mengakui dirinya sangat teruja dan bersyukur kerana ditawarkan kontrak bersama pasukan berkenaan.

“Saya bersyukur kerana ditawarkan peluang untuk bersama kelab Gergasi Merah. Saya yakin banyak yang saya boleh belajar daripada pemain-pemain lain terutamanya penjaga gol pasukan seperti Yan (Khairulazhan Khalid) dan Sam (Samuel Somerville).

“Saya juga berharap saingan tinggi antara kami akan mematangkan lagi corak permainan saya dari masa ke semasa,” kata Azim menerusi kenyataan media Selangor.

Selangor turut mempertaruhkan empat bintang muda tempatan pada musim hadapan untuk membarisi skuad senior mereka di segenap posisi selain Azim.

Empat pemain tersebut ialah Faiz Amer (21 tahun), pemain tengah, Haiqal Haqeemi (21 tahun), pemain pertahanan, Aiman Hakimi (19 tahun) dan pemain termuda skuad negara B23 tahun, Muhammad Abu Khalil (19 tahun).

“Keempat-empat mereka merupakan pemain tonggak skuad Gergasi Merah B23 yang pernah dipanggil untuk menyertai skuad senior untuk dua siri perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Persiraja dan PSIS Semarang di Indonesia pada bulan Ogos 2023,” jelas kenyataan tersebut.

Faiz Amer yang menjadi antara tunjang utama Selangor bawah 23 (B-23) musim lalu mengakui sangat teruja apabila ditawarkan kontrak bersama pasukan senior The Red Giants.

“Alhamdulillah, kali ini rezeki saya, Haiqal Haqeemi, Muhammad dan Aiman Hakimi dinaikan pangkat ke squad senior Gergasi Merah.

“Ini semestinya impian setiap pemain muda untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi bersama pasukan senior. Saya mahu jadikan peluang ini sebagai satu cabaran untuk saya beraksi lebih baik pada musim ini,” ujar pemain tersebut akhir sekali.

Sumber:
Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN