Sri Pahang Jadi Pilihan Brendan Gan Untuk Musim Seterusnya?

Ketika ini, hala tuju perjalanan pemain tengah berpengaruh Harimau Malaya iaitu Brendan Gan masih lagi belum diketahui selepas beliau sah tidak lagi bersama Selangor untuk saingan hadapan.

Terdahulu, Gan telah pun dikaitkan bersama beberapa pasukan untuk saingan hadapan dengan nama Sri Pahang turut dikatakan berada dalam senarai kelab berminat untuk mendapatkan bekas pemain tengah Selangor itu.

Nama Gan ketika ini boleh dianggap suatu tumpuan besar dalam kalangan para penyokong kerana sentuhan beliau di posisi tengah jelas masih lagi berada dalam kelas tersendiri.

Walaupun sudah semakin berusia, secara keseluruhan beliau masih menjadi antara pemain tengah paling berpengaruh dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) serta dibuktikan pada pentas antarabangsa bersama Harimau Malaya.

Maka tidak hairan banyak kelab termasuk Sri Pahang sendiri menyimpan hasrat untuk cuba mendapatkan khidmat pemain berpengalaman tersebut untuk musim hadapan.

Apatah lagi pasukan tersebut juga pastinya mahu memperbaiki kelemahan mereka pada musim lalu yang tampak longgar di posisi tengah bertahan sehingga konsistensi skuad kendalian Fandi Ahmad sedikit goyah.

Menerusi suatu sumber hasil laporan dikeluarkan oleh Berita Harian, Sri Pahang ketika ini masih lagi belum beri kata putus untuk menandatangani khidmat Gan bagi saingan hadapan.

“Difahamkan, perbincangan ada tetapi ia masih lagi belum muktamad kerana dia (Brendan) baharu sahaja diumumkan tidak lagi bersama Selangor. Sudah pasti ada beberapa pasukan lain yang turut berminat mendapatkan khidmatnya berdasarkan pengalaman yang dimiliki.

“Apa yang boleh dikatakan ialah perbincangan ke arah itu (sertai) Sri Pahang ada tetapi tiada kata putus buat masa ini,” jelas kenyataan tersebut menerusi Berita Harian.

Selain Sri Pahang, Gan juga dilaporkan mungkin akan kembali menyertai saingan liga di Australia selepas ianya dilaporkan oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam.

Tampil dengan kekuatan fizikal serta tenang mengawal tempo permainan, Gan juga terkenal dengan disiplin tinggi beliau untuk memastikan kawasan tengah tidak mudah dieksploitasi lawan.

Itu menjadikan beliau sebagai aset penting buat Tan Cheng Hoe serta Kim Pan-gon pada musim lepas untuk mengepalai jentera tengah pasukan.

Pada pandangan anda, adakah Gan akan terus kekal beraksi dalam saingan Liga M, atau pemain tersebut akan kembali ke saingan Australia seperti telah dilaporkan?

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN