Kuching City Bakal Tandatangani Khidmat Mahmoud Al-Mardi?

Kedah Darul Aman (Kedah) sebelum itu dilaporkan menjadi antara pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) berminat untuk mendapatkan kembali bekas pemain sayap import mereka iaitu Mahmoud Al-Mardi.

Laporan tersebut sebelum itu dinyatakan sendiri melalui wartawan sukan, T. Avineshwaran menerusi media sosial X dengan Nafuzi Zain berminat untuk dapatkan pemain kebangsaan Jordan itu.

Namun, berkemungkinan pasukan tersebut bakal mendapat persaingan sengit daripada satu lagi kelab dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), iaitu Kuching City.

Menerusi temuramah dibuat membabitkan kami bersama pengendali Kuching City iaitu Aidil Sharin Sahak, beliau mengakui hubungannya bersama Al-Mardi sangat rapat sehingga diibaratkan seorang bapa dan anak.

Malah, Aidil juga menyatakan secara eksklusif adik Al-Mardi sendiri sudah pun bersama Kuching City ketika ini untuk menyertai ujian pemilihan bersama kelab tersebut.

“Mardi boleh dianggap sebagai anak saya sendiri, dan beliau juga telah menganggap saya umpama bapanya sendiri.

“Kami sangat rapat antara satu sama lain, dan hampir setiap hari beliau menghantar teks kepada saya, kini adiknya sendiri dihantar ke Kuching City untuk sesi pemilihan.

“Dia merupakan pemain yang sangat hebat dan saya sangat teruja untuk bekerjasama dengannya pada suatu ketika.

“Pemain yang bagus tetapi sayang tidak dikekalkan Kedah pada musim lalu selepas Al-Mardi membuktikan dirinya antara pemain sayap terbaik di Asia,” kata Aidil kepada Semuanya BOLA.

Ketika ditanya jika beliau mempunyai perancangan untuk mendapatkan khidmat Al-Mardi pada saingan hadapan, Aidil menyerahkan segalanya kepada pihak pengurusan Kuching City.

“InsyaAllah, apa yang penting buat saya kini ialah presiden serta CEO kelab yang berbelanja secara berhemah. Kami perlu mengiku bajet telah ditetapkan.

“Jiika segalanya baik, mengapa tidak (Al-Mardi sertai Kuching City)? Selepas semua mengetahui beliau sangat rapat dengan saya selama ini,” ujar Aidil memberi bayangan pemain sayap Jordan itu berkemungkinan menyertai mereka.

Pada pandangan anda, adakah Al-Mardi bakal menyertai Kuching City atau kembali bersama Kedah untuk saingan hadapan dalam aksi Liga M?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN