Piala Malaysia: Terengganu Ada Peluang Dakap Trofi Untuk Atasi JDT

Terengganu kini dianggap memiliki peluang tersendiri untuk mendakap trofi kejuaraan Piala Malaysia bagi musim 2023 walaupun dianggap sukar jika melihat kepada prestasi semasa mereka.

Selepas mengharungi tiga perlawanan lalu, Sang Penyu gagal untuk memperoleh sebarang kemenangan selepas mereka sekadar mencatat dua kali seri serta satu kekalahan tidak dijangka.

Perlawanan terbaharu dilalui mereka baru-baru ini juga gagal diterjemahkan dalam bentuk kemenangan selepas Terengganu sekadar mampu terikat seri 1-1 ketika menghadapi cabaran Penang.

Walaupun begitu, bekas pemain legenda Terengganu iaitu Zulharisyam Awang melaungkan keyakinan tersendiri akan kebolehan mampu ditampilkan oleh Sang Penyu untuk aksi akhir Piala Malaysia ini.

Untuk rekod, Zulharisyam menjadi antara tonggak Terengganu pada tahun 2001 yang memastikan mereka berjaya mendakap trofi Piala Malaysia dengan penuh gemilang ketika itu.

Kata beliau, para pemain Terengganu tidak perlu gentar akan cabaran diberikan oleh pasukan lawan dengan mereka perlu berjuang sehingga ke wisel penamat ketika berdepan JDT.

Selain itu, Zulharisyam juga menganggap Terengganu kini berpeluang untuk mengulangi rekod dilakukan beliau pada tahun 2001 jika dilihat pada beberapa situasi pasukan tersebut.

Walaupun begitu, para pemain sendiri perlu peka dengan perancangan diberi oleh kejurulatihan serta bermain dalam satu pasukan untuk mencapai persefahaman terbaik berdepan lawan.

“Bagi saya kedua-dua pasukan berpeluang untuk muncul juara biarpun skuad Harimau Selatan itu sebagaimana kita tahu serba lengkap di setiap posisi selain bertaraf Asia.

“Tapi aksi final adalah perkara berbeza, setiap langkah juga berbeza, lagipun masing-masing bermain dengan 11 pemain, jadi tiada yang mustahil, malah TFC juga ada kualitinya yang tersendiri sehingga kini menghuni di tangga kedua Kumpulan G saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

“Namun pesanan saya buat pemain TFC usah gentar berdepan pihak lawan, sebaliknya berjuang sehingga minit terakhir perlawanan, lagipun ‘pemain ke-12’ sentiasa memberikan tonik tambahan buat mereka.

“Saya harap trofi itu dapat dibawa balik semula ke bumi Terengganu selepas kali terakhir pada 22 tahun lalu selepas menumpaskan Perak 2-1,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Apapun, Steinbruckner pastinya mempunyai perancangan tersendiri untuk cuba mengatasi penguasaan JDT yang dianggap serba lengkap di segenap posisi pada musim ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN