Radja Nainggolan Akui Tak Pernah Tahu Saingan Liga Indonesia

Pemain bintang Eropah, Radja Nainggolan akui beliau sebelum ini tidak pernah mengetahui tentang saingan Liga Indonesia sebelum menyertai Bhayangkara FC.

Terdahulu, bekas pemain kebangsaan Belgium itu mengejutkan ramai pihak selepas beliau membuat keputusan untuk menyertai Bhayangkara FC di Indonesia beberapa hari lalu.

Nainggolan menjadi rekrut terakhir buat Bhayangkara ketika ini bagi jendela perpindahan kedua untuk saingan Liga 1 Indonesia.

Penyertaan Nainggolan menjadikan beliau sebagai pemain terbaharu yang sebelum itu mencipta sensasi di Eropah untuk beraksi bersama salah satu kelab di Indonesia.

Pemain berusia 35 tahun itu sebelum ini banyak menghabiskan masa beliau selaku pemain profesional di Itali dengan kelab terakhir diwakilinya ialah SPAL bagi saingan Serie C.

Antara kelab besar disertai beliau ialah AS Roma, Cagliari, serta Inter Milan selain Nainggolan turut mewakili Belgium untuk saingan Euro 2016.

Ketika diperkenalkan pada Isnin lalu, Nainggolan secara jujurnya mengakui beliau langsung tidak pernah mengetahui tentang saingan Liga 1 di Indonesia.

“Buat pertama kalinya, saya akui tidak tahu tentang saingan Liga Indonesia dan sehingga kini masih cuba mengenali ia dengan lebih jauh.

“Saya tahu sebelum ini Michael Essien pernah beraksi di Indonesia kerana saya pernah menghadapi beliau sewaktu kami bermain dalam saingan Serie A.

“Saya juga mengenali Marco Motta yang beraksi untuk Persija Jakarta. Tetapi isu kenal atau tidak Liga Indonesia tidak penting kerana fokus utama saya untuk membantu Bhayangkara terus kekal di saingan utama serta memberi kualiti permainan terbaik,” kata Nainggolan menerusi CNN Indonesia.

Pada masa sama, kehadiran Nainggolan juga dijangka akan turut memberi promosi besar buat Bhayangkara selepas ini untuk lebih dikenali ramai para peminat bola sepak di seluruh dunia.

Walaupun semakin berusia, pengalaman bintang Eropah itu kini pastinya ditagih untuk memberi ruang serta mencurahkan segala ilmu kepada para pemain muda pasukan tersebut.

Beraksi di posisi tengah, sudah tentu kreativiti dimiliki Nainggolan akan menjadi tumpuan utama untuk aksi seterusnya membabitkan pasukan itu dalam persaingan Liga 1 Indonesia.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN