Astro Tawar Pengalaman Hebat Buat Penonton Aksi Final Piala Malaysia 2023

Buat julung kalinya, Astro selaku penyiar rasmi bagi aksi final Piala Malaysia 2023, telah pun membuat perubahan lebih positif buat para penonton setia bola sepak di seluruh negara dengan ianya menjanjikan suatu pengalaman cukup hebat walau berada di rumah.

Terbaharu, Astro menyatakan pihak mereka bakal menyiarkan siaran langsung tersebut bersama paparan Definisi Ultra Tinggi 4K (4K UHD) di saluran khas, Saluran 806 UHD dan Saluran 799 HD serta kualiti audio terbaik khas dari Dolby Atmos.

Lebih menarik, buat para pelanggan Pek Sukan Astro serta Liga Malaysia Pek bakal mendapat akses tersebut secara percuma untuk menikmati detik tersebut dengan lebih unggul menerusi Astro Ultra Box.

Nicholas John selaku Ketua Bahagian Sukan Astro menyatakan Astro sentiasa komited untuk meningkatkan kualiti liputan bola sepak tempatan menerusi siaran langsung dan liputan komperehensif khas buat peminat tempatan.

“Jika sebelum ini Astro menyiarkan paparan 4K UHD untuk sukan antarabangsa seperti Piala Dunia FIFA, UEFA EURO, Liga Perdana Enggeris (EPL) dan kini Astro menempa sejarah baru dalam arena sukan tanahair apabila menyediakan perkhidmatan serta pengalaman menonton yang lebih premium dan mengujakan buat pelanggannya dalam 4K UHD.

“Astro juga turut menawarkan platform interaktif dengan membuka satu lagi saluran 799 HD untuk peminat bola sepak mengundi pemain kegemaran yang mereka ingin lihat dengan lebih dekat dan jelas melalui teknologi ‘playercam’ yang akan digunakan pada perlawanan ini nanti, ia akan memberi perspektif baru sudut kamera dari seorang pemain.

“Selain melihat paparan visual serta palet warna yang lebih realistik, penonton di rumah juga dapat mendengar kualiti audio yang lebih hebat dan jelas dengan system bunyi Dolby Atmos yang juga pertama kali digunakan dalam dunia penyiaran bola sepak tanahair.

“Teknologi ini akan memberi anda pengalaman optimum bunyi yang terbaik sama ada di peranti atau di pembesar suara, peminat akan merasai pengalaman seperti berada di stadium meskipun berada di rumah menonton dari kaca telivisyen,” katanya menerusi perkongsian dibuat oleh Astro.

Pada masa sama, Astro juga meletakkan penanda aras baharu buat kualiti penyiaran tempatan daripada segi rakaman gerakan perlahan dan pergerakan super perlahan dalam kualiti 4K untuk aksi final tersebut.

Selain itu, hos-hos yang akan membawakan kehangatan dalam perebutan piala berprestij, Piala Malaysia musim ini seperti Keesh ‘Mat Stats’ yang sedia untuk memberikan banyak info menarik dan penuh taktikal menerusi pra rancangan bersama tetamu pakar bola sepak iaitu Safee Sali, Zainal Abidin Hassan dan juga Razman Roslan.

Astro juga akan menyiarkan siaran Bola itu Life yang akan dihoskan oleh Keesh ‘Mat Stats’ dan Faiz Gurun untuk membawakan program secara langsung seawal jam 11:30 pagi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menerusi saluran 801 HD dan live streaming di YouTube Astro Arena.

Disamping itu, Abang Botak juga akan turun ke stadium menemui peminat kedua-dua pasukan dalam ‘Botak Terjah Stadium’ (BTS) selain pengulas bola sepak, Khairil Azwa dan Nizaruddin Yusof akan membawakan ulasan secara langsung bagi perlawanan tersebut.

Akhir sekali, Untuk laporan berita terkini dan komprehensif anda boleh mengikuti Nadi Arena di saluran 801 HD seawal jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam di mana wartawan lokasi akan berkongsi suasana kemeriahan di stadium bersama peminat-peminat setia Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu.

Pendek kata, anda bakal mendapat pengalaman cukup hebat sepanjang hari final tersebut walau berada di hadapan kaca televisyen bersama kualiti paparan serta sistem audio cukup memuaskan selain beberapa pengisian jelas pada perlawanan akhir itu menerusi siaran Astro.

Sumber:
Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN