RASMI: Penang Rehatkan Khidmat Chong Yee Fatt & Manzoor Azwira

Penang secara rasminya kini telah pun merehatkan khidmat pengendali utama mereka iaitu Chong Yee Fatt bersama Manzoor Azwira Abd Wahid untuk baki saingan Liga Super musim 2023.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri menerusi laman rasmi mereka sebentar tadi dengan menyatakan khidmat dua pengendali tersebut direhatkan selepas melihat prestasi Penang tidak memberansangkan.

Untuk baki saingan liga akan datang, pasukan tersebut telah pun melantik Akmal Rizal Ahmad Rakhli untuk mengendalikan Penang bermula pada perlawanan mereka menentang Sri Pahang.

Pihak pengurusan kelab itu juga berharap supaya para penyokong dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada Akmal yang akan menggalas tanggungjawab besar tersebut sehingga penghujung musim 2023.

“Ketua Jurulatih, Chong Yee Fatt dan Penolong Ketua Jurulatih, Manzoor Azwira Abd Wahid direhatkan sehingga selesai Liga Super musim 2023.

“Semua pengendalian latihan dan penyusunan urusan perlawanan menentang Sri Pahang FC dan Terengganu FC di laman sendiri dan perlawanan terakhir menentang JDT FC akan dikendalikan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Caretaker).

“Sehubungan dengan keputusan Pengurusan di atas, adalah diharapkan para peminat bolasepak di Pulau Pinang dapat turun beramai-ramai memberikan semangat dan sokongan kepada Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan para pemain kita yang akan menggalas tugas berat ini,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu, Penang tampil dengan aksi cukup tidak konsisten walaupun pasukan tersebut membuat rombakan besar pada awal persaingan musim 2023.

Tampil dengan corak permainan tidak konsisten, ianya jelas memberi isyarat tidak baik buat para penyokong yang hadir memberi kritikan keras menerusi media sosial.

Untuk saingan Liga Super, kali terakhir pasukan tersebut memperoleh kemenangan ialah pada 8 Julai lalu sewaktu mereka mengatasi cabaran Kelantan menerusi keputusan 4-3.

Selepas itu, Penang gagal untuk memperoleh sebarang kemenangan dalam saingan Liga Super sehingga menyaksikan kedudukan mereka juga mula berubah menjadi lebih teruk.

Untuk aksi Challenge Cup, pasukan tersebut juga diaibkan oleh Kuching City baru-baru ini menerusi keputusan agregat 4-1 bersama corak permainan cukup mendukacitakan.

Pastinya kehadiran Akmal kali ini ditagih kembali penyokong supaya ada perubahan lebih positif dilakar sebelum saingan liga tamat tidak lama lagi.

Akmal yang sebelum ini mengendalikan skuad MFL Penang, dianggap sebagai salah satu jurulatih muda yang mempunyai potensi tinggi selain berjaya melahirkan beberapa pemain muda berkualiti seperti Alif Ikmalrizal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN