MFL Sahkan Hanya 2 Pasukan Alami Masalah Tunggakan Gaji

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan sehingga kini hanya dua pasukan beraksi dalam saingan Liga Super 2023 mengalami isu tunggakan gaji dan bukan seperti khabar angin yang tersebar di media sosial.

Sebelum itu, riuh dalam kalangan penyokong bola sepak Liga Malaysia (Liga M), selepas ada perkhabaran menyatakan tujuh kelab mengalami masalah tunggakan gaji untuk saingan musim ini.

Antara pasukan paling popular diperkatakan ialah Kedah Darul Aman (Kedah), sehingga satu sidang media dibuat pasukan tersebut dengan membabitkan pemilik kelab, Tan Sri Dr. Daud Bakar untuk menjelaskan situasi sebenar.

Pemilik Kedah: “Penaja Utama Kita Tak Pernah Tarik Diri”

Menurut Dr. Daud, beliau mengakui Kedah kini mengalami krisis kewangam sehingga semua staf, kejurulatihan, serta pemain tidak menerima pembayaran gaji sejak beberapa bulan lalu.

Laporan terbaharu menyatakan MFL sudah pun menghubungi pengurusan Kedah dan bakal membantu mereka untuk menyelesaikan kemelut tersebut seperti dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

Jelas Stuart, isu kewangan yang berlaku pada musim ini jelas berpotensi untuk menggugat perancangan MFL bagi musim hadapan dalam usaha mereka mengekalkan semua pasukan yang bertanding.

Selain itu, demi menjaga imej serta prestij Liga M, dilaporkan MFL sedia melakukan apa sahaja dengan turut mengurangkan pasukan yang bertanding jika isu tersebut berlanjutan.

“Baru-baru ini, kami pemilik kelab Kedah Tan Sri Daud Bakar menjelaskan apa yang berlaku dan saya berterima kasih kerana tidak lari daripada tanggungjawab. Beliau membuktikan sebagai pemilik yang bertanggungjawab.

“Kedah bukanlah kerap mengalami tunggakan gaji. Jadinya, kami memberi mereka ruang untuk menyelesaikannya.

“Saingan liga musim ini sepatutnya mempunyai 16 pasukan, penyingkiran Melaka United dan Sarawak United FC adalah disebabkan masalah dalaman mereka.

“Jadi jika timbul isu, kami (MFL) perlu mengurangkan kepada 13 pasukan (musim depan), jika ia harus berlaku, maka ia harus berlaku,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Sabah Sedia Selesaikan Isu Tunggakan Gaji Dalam Tempoh Terdekat

Musim lalu menyaksikan Melaka United dan Sarawak United menjadi pasukan paling bermasalah dalam pembayaran gaji, sehingga mereka disingkirkan untuk beraksi di kejohanan Liga Super musim 2023.

Jika isu tersebut terus berlanjutan musim ini, berkemungkinan besar akan ada pasukan lain turut disingkirkan daripada beraksi dalam aksi Liga Super pada tahun hadapan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN