Kelincahan Habib Haroon antara yang dijangka bakal mencuri tumpuan pada perlawanan malam ini membabitkan Terengganu menentang wakil dari Indonesia iaitu Bali United bagi saingan AFC peringkat Kumpulan G.
Terengganu bakal menghadapi aksi kedua saingan AFC malam ini di Stadium Kapten I Wayan Dipta dalam misi mereka untuk cuba mendapatkan kemenangan seterusnya berdepan Bali United.
🏴🏳️ HARI PERLAWANAN PIALA AFC 2023 : BALI UNITED FC (IDN) VS TERENGGANU FC (MAS) 🏴🏳️
BALI UNITED FC (IDN) VS TERENGGANU FC (MAS)
📆 4 Oktober 2023 – RABU
⏰ 8.00 pm
🏟 Stadium Wayan I Dipta📺Saksikan siaran langsung di ⬇️⬇️⬇️
Astro Arena Bola #TerengganuFC… pic.twitter.com/xPfgX2ZPQF— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) October 4, 2023
Sebelum itu, Sang Penyu telah pun merekodkan kemenangan tipis 1-0 bagi aksi pembukaan saingan tersebut dengan kejayaan mereka menewaskan wakil dari Australia iaitu Central Coast Mariners.
Kemenangan tersebut kini meletakkan Terengganu pada tangga kedua Kumpulan G untuk berada di belakang Bali United selepas dibezakan jumlah jaringan sahaja.
Untuk aksi malam ini, dijangka Steinbruckner bakal menurunkan kesebelasan utama terbaiknya untuk memastikan tentangan sengit dapat diberikan Terengganu buat pasukan tuan rumah.
Habib Haroon
Antara pemain menjadi tumpuan pastinya terarah kepada bintang import mereka iaitu Habib Haroon yang dianggap kunci utama kekuatan pasukan tersebut sejak beberapa musim ini.
Pengendali Central Coast Mariners Akui Kehebatan Habib Haroon Bersama Terengganu
Habib meneruskan konsistensinya musim ini bersama Terengganu selaku pemain senior buat pasukan di bahagian tengah dengan begitu baik sekali walaupun pada jsia masih muda.
Kelebihan Habib pastinya terarah kepada kreativitiny mengawal posisi tengah untuk membuka peluang serangan kepada barisan pemain lain serta mengawal tempo permainan.
Selain itu, pemain dari Bahrain itu juga memiliki kualiti kawalan bola individu yang sangat bagus serta daya membuat hantaran jauh tepat kepada rakan sepasukan.
Ivan Mamut
Penyerang utama Terengganu ini sudah tentu akan menjadi tumpuan pada aksi tersebut kerana momentum beliau sedang meningkat sejak beberapa perlawanan lalu.
Kini Ivan Mamut telah menjaringkan 𝟏𝟕 𝐆𝐎𝐋 dalam semua kejohanan musim ini bersama Terengganu!#PialaMalaysia2023 pic.twitter.com/zXY7hM1CTf
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 24, 2023
Musim pertama Ivan bersama Terengganu kini boleh dianggap sangat menyakinkan walaupun pemain tersebut menjadi mangsa kritikan pada awalnya kerana tumpu di posisi serangan utama kelab.
Kelebihan Ivan adalah pada fizikalnya yang tinggi untuk memenangi pertarungan di udara menerusi tandukan kencangnya, serta bijak menggunakan peluang di hadapan gol bagi diterjemahkan kepada bentuk jaringan.
Suhaimi Husin
Suhaimi menjadi pemain paling mencuri tumpuan ketika aksi pertama AFC membabitkan Terengganu sewaktu berdepan Central Coast Mariners menerusi impak positifnya.
2020: Bermain untuk pasukan simpanan, Terengganu II dalam Liga Premier.
2022: Mula bersaing dengan penjaga gol skuad kebangsaan, Rahadiazli Rahalim untuk penjaga gol utama Terengganu.
2023: Pada usia 29 tahun, Suhaimi Husin berjaya mengetepikan Rahadi, bergelar penjaga gol… pic.twitter.com/F21m5UN3pk
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 2, 2023
Pada aksi tersebut, Suhaimi berjaya menyelamatkan banyak percubaan berbahaya lawan, serta sangat tenang di hadapan gol untuk menambah keyakinan buat rakan sepasukan lain.
Refleksi pantas Suhaimi kini pastinya akan menjadi pertaruhan utama Steinbruckner untuk terus digunakan pada perlawanan tersebut menentang Bali United.