Pengendali Terengganu Tegaskan Pemain Supaya Fokus Berdepan Bali United

Pengendali Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner mengingatkan kepada para pemain beliau supaya memberi fokus penuh untuk aksi kedua saingan AFC peringkat Kumpulan G bertemu Bali United.

Sebelum itu, Sang Penyu berjaya mencipta kejutan di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas wakil dari Australia, Central Coast Mariners.

Pada aksi tersebut, Terengganu jelas memberi isyarat mereka kini tampil bersedia untuk mengharungi saingan AFC dan kemenangan kedua sudah tentu menjadi sasaran Steinbruckner di gelanggang lawan.

Beraksi di Stadium Kapten I Wayan Dipta, kelebihan sudah tentu menjadi milik pasukan lawan yang bakal dihadiri ribuan penyokong kesayangan mereka sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Malah, pengendali dari Croatia itu turut mengakui ianya bukan sesuatu mudah untuk dihadapi mereka kerana kelebihan dimiliki oleh pasukan tuan rumah.

Untuk rekod, Kedah Darul Aman (Kedah) telah pun menjadi korban pasukan tersebut pada musim lalu dalam saingan AFC setelah skuad kendalian Aidil Sharin Sahak ketika itu tewas 0-2 bagi peringkat Kumpulan G.

“Kami mahu keputusan yang positif berdepan kelab dari Indonesia itu walaupun sedar ianya bukan tugas mudah lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan.

“Kami juga harapkan pemain lebih fokus bermula pada minit awal perlawanan lagi sehingga tiupan wisel penamat sebagaimana diperagakan pemain ketika berdepan kelab Australia pada 20 September lalu.

“Lagipun kita tahu kelab berkenaan menang bergaya 5-2 menumpaskan kelab Filipina, Stallion Laguna FC pada aksi pertama di tempat lawan, malah melalui tontonan video, pasukan itu bagus, jadi kita perlu bersedia dan berwaspada.

“Bagaimanapun saya tetap mahukan keputusan yang positif, kita sudah merangka strategi terbaik berdepan pasukan itu, harap pemain dapat mengulangi kemenangan dan seterusnya memimpin peringkat kumpulan,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Berdasarkan prestasi semasa, Bali United masih lagi belum tewas dalam tiga perlawanan terakhir mereka termasuk ketika pasukan tersebut menewaskan Stallion Laguna menerusi keputusan 5-2.

Terengganu pula masih segar dengan kekalahan besar 0-4 di tangan Selangor bagi aksi saingan Liga Super lalu dan pasukan tersebut sudah tentu memerlukan sokongan moral untuk bangkit pada perlawanan ini.

Apapun, dijangka Steinbruckner sudah pun menyusun penuh strategi buat Terengganu bagi aksi malam ini supaya kemenangan kedua dapat diraih di gelanggang lawan serta mengharumkan terus nama Malaysia.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN