Anak Jati Sarawak Dilantik Komisioner Perlawanan Kemudi Aksi Al-Nassr Bertemu Istiklol

Ketika ramai memperkatakan tentang kehebatan Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas AFC Champions League (ACL), tampil seorang lagi wakil Malaysia yang turut mengharumkan nama negara pada saingan berkenaan pada musim ini.

Anak jati Sarawak, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman melakar pencapaian tersendiri dalam karier beliau selepas dirinya dilantik selaku Komisioner Perlawanan bagi aksi membabitkan Al Nassr bertemu Istiklol dalam saingan ACL musim 2023.

Untuk rekod, ini bukan sesuatu yang baharu buat Abang Zulkarnain membabitkan diri di pentas AFC selepas nama beliau sudah pun beberapa kali dipanggil sebelum itu untuk menguruskan perlawanan-perlawanan besar.

Namun, sesuatu yang menarik untuk diperkatakan ialah Abang Zulkarnain mempunyai peluang yang tidak dimiliki semua orang iaitu mengemudi sesuatu aksi disertai bintang handalan dunia seperti Cristiano Ronaldo, Aymeric Laporte, Talisca, dan ramai lagi selaku Komisioner Perlawanan.

Malah, individu tersebut berkongsikan foto beliau bersama para pemain bintang Al Nassr iaitu Ronaldo serta Sadio Mane seusai tamat perlawanan itu di media sosial rasminya.

Untuk rekod, Abang Zulkarnain juga dilantik secara rasmi sebagai Komisioner Perlawanan membabitkan Al Nassr musim ini bagi saingan ACL musim 2023.

Ini bermakna, beliau akan lebih kerap bertemu dengan bintang-bintang handalan dunia tersebut sehingga tugasnya berakhir bersama pasukan tersebut di laman sendiri.

Selain bertindak selaku Komisioner Perlawanan, Abang Zulkarnain juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi penggal 2023-2025.

Nama individu tersebut juga sebelum ini bukan lagi suatu yang asing dalam bola sepak negara selepas beliau pernah dilantik selaku Penolong Setiausaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Terdahulu, Abang Zulkarnain menjadi salah seorang saksi kepada bintang handalan dunia iaitu Ronaldo yang buat pertama kali melakar gol dalam saingan ACL setelah beliau menyertai kelab itu pada tahun lalu.

Terlepas peluang mencatat sebarang gol pada aksi sulung bertemu Persepolis lalu, bintang kebangsaan Portugal ini membuka akaun jaringan ketika bertemu Istiklol pada minit ke-66 sekali gus mencetuskan kebangkitan pasukan berkenaan.

Dua gol daripada penyerang sensasi Al Nassr iaitu Talisca berjaya memastikan kelab tersebut meraih kemenangan kali kedua berturut-turut bagi Kumpulan E, serta menutup kelebihan awal jaringan Istiklol menerusi Senin Sebai di separuh masa pertama.

Perlawanan selepas ini menyaksikan Al Nassr bakal membuat perhitungan seterusnya menentang Al Duhail yang sebelum itu tewas tipis kepada Persepolis 0-1 menerusi jaringan Omid Alishah.

Menerusi momentum semasa, Al Nassr berpeluang untuk mara ke pusingan 16 terbaik selaku juara kumpulan selepas persembahan menggagumkan ditampilkan pasukan berkenaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN