Arab Saudi & Oman Jadi Lawan Harimau Malaya Awal Januari Depan

Skuad Harimau Malaya dilaporkan bakal mengadakan dua aksi persahabatan pada awal tahun hadapan dengan menghadapi lawan yang dianggap kuat sekitar Asia iaitu Arab Saudi dan Oman.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin dan dikongsikan menerusi laman Asean Football.

Sebelum itu, Malaysia dilihat menjadi antara negara yang sibuk kini dalam membuat persiapan sebelum saingan Piala Asia, dengan beberapa siri persahabatan serta kejohanan kelas antarabangsa sedang diatur.

Bulan September menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon bakal menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 untuk bertemu China dan Syria selepas gagal mendapatkan kerjasama bersama Mesir.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi laporan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Noor Azman Hj Rahman dengan menyatakan dua negara tersebut bakal menjadi lawan buat Harimau Malaya.

Untuk rekod, Syria kini berada di tangga ke-94 dunia sementara China pula pada kedudukan ke-80 dan ini menjadi lawan yang sangat sempurna buat skuad kebangsaan untuk menguji kekuatan semasa mereka sebelum mengharungi saingan Piala Asia awal tahun hadapan.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan bahawa skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria pada 6 September dan China pada 9 September 2023, kedua-duanya berlangsung di Chengdu, China.

“Berdasarkan Ranking FIFA terbaharu yang dikemas kini pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia, sementara Syria di kedudukan ke-94 dunia dan China di kedudukan ke-80 dunia.

“Pengesahan bagi kedua-dua perlawanan ini dibuat menerusi penelitian dan perbincangan bersama di antara pihak pengurusan bersama Pan Gon sendiri selepas majlis undian Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, Khamis lalu (27 Julai 2023),” jelas kenyataan tersebut.

Untuk bulan Oktober pula, Malaysia bakal menghadapi kejohanan Pesta bola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan tiga kelab bakal menyertai saingan tersebut.

Namun, FAM masih lagi belum menyatakan pasukan mana bakal menyertai kejohanan tersebut untuk berdepan Harimau Malaya di SNBJ nanti.

Segala kejohanan dan aksi persahabatan yang ditetapkan ini boleh dianggap sebagai sesuatu sangat baik buat Kim untuk menilai kekuatan serta kelemahan semasa dimiliki oleh Harimau Malaya.

Malah, siri perlawanan bertemu lawan yang kuat seperti Arab Saudi, China, Syria, dan Oman ini menjadi medan terbaik untuk Malaysia merasai pengalaman aksi berintensiti tinggi sebelum membawa cabaran ke saingan Piala Asia tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN