Kim Pan-gon Sedia Buat Lebih Banyak Eksperimen Taktikal Buat Harimau Malaya

Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon tampil sebagai antara yang sangat gembira dengan kemenangan besar Malaysia untuk mengatasi Papua New Guinea menerusi keputusan penuh 10-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu.

Memasuki tahun kedua beliau bersama Malaysia, Kim berjaya merombak corak permainan negara untuk tampil lebih baik serta melayakkan diri ke saingan Piala Asia pada musim lalu.

Terbaharu, Kim terus mencatat rekod tersendiri untuk membantu Malaysia meraih 10 gol tanpa bolos di laman sendiri ketika mereka menewaskan Papua New Guinea.

Sepanjang perlawanan berlangsung, pengendali berkenaan dilihat bereksperimentasi dengan beberapa gandingan pemain baharu dicipta untuk mencari keserasian serta kunci terbaik dalam percaturan taktikal diterapkan.

Hasil sentuhan beliau menyaksikan seluruh penyokong skuad kebangsaan kini bergembira selepas Harimau Malaya mempamerkan corak permainan begitu mantap sepanjang 90 minit aksi berlangsung.

Selesai perlawanan tersebut, Kim menyuarakan rasa sangat gembira dengan prestasi dipamerkan oleh anak-anak buahnya ketika berdepan Papua New Guinea.

“Saya sangat gembira dan saya sangat hargai para pemain kerana mereka memberikan aksi yang sangat baik dan membuatkan kita semua gembira di sini.

“Mereka berusaha sehabis mungkin dan menyerap tekanan dengan sangat baik untuk mengatasinya menerusi aksi permainan yang sangat baik.

“Sebagai staf kejurulatihan, kami datang ke Malaysia untuk menaikkan mutu bola sepak di sini menerusi dominasi permainan dan mengawal situasi serta segalanya, tetapi kadangkala ianya tidak menjadi.

“Tetapi untuk malam ini saya sangat gembira dan ini merupakan cara permainan yang kami sebenarnya ingin terapkan ketika ingin bertemu pasukan kuat.

“Jadi satu hari nanti kami akan gunakan corak permainan sebegini untuk berdepan lawan lebih kuat dengan mendominasi permainan,” jelas Kim.

Pada masa sama, Kim turut menyatakan beliau sedia untuk terus membuat eksperimen dalam taktikal permainan menjelang baki masa yang ada sebelum saingan Piala Asia bermula.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

“Walaupun kami beraksi baik malam ini dengan permainan yang baik, kami di skuad kebangsaan mempunyai masa yang sangat terhad untuk bersama.

“Jadi kami akan melakukan lebih banyak eksperimen dan mungkin kita akan berhadapan pasukan kuat pada bulan September dan Oktober.

“Dan selepas eksperimen selesai, kami akan lihat apa diperlukan sebenarnya untuk saingan Piala Asia dan pendapat saya ia merupakan satu proses jangka masa panjang kerana ia memerlukan konsistensi dan cuba beradaptasi dengan baik,” kata Kim lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN